• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Rempit Jalani 180 Jam Khidmat Masyarakat

oleh AK-47
14/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gara-gara menunggang motosikal secara melulu dan membuat aksi wheelie, seorang penganggur diperintah menjalani 180 jam khidmat masyarakat oleh Mahkamah Trafik di sini, hari ini.

Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Afizul Alif Mohd Dzulhashim, 20, selepas dia mengaku bersalah melakukan kesalahan tersebut di Jalan Raja Laut, di sini, antara 2.20 hingga 2.30 pagi, 12 Mei lepas.

Muhammad Afizul Alif juga diperintahkan membayar cagaran sebanyak RM3,000 dan perlu menyelesaikan khidmat masyarakat tersebut dalam masa enam bulan.

Mahkamah turut memerintahkan lesen percubaan remaja itu dibatal dan dia tidak dibenarkan memohon lesen selama dua tahun serta perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan, setiap bulan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 serta hilang kelayakan menunggang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam, Zainal Omar memohon mahkamah mengenakan bon berkelakuan baik ke atas anak guamnya dengan alasan dia telah insaf dan ibunya adalah ibu tunggal.

Di mahkamah sama, seorang bapa satu anak warga Korea didenda RM2,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Trafik di sini, hari ini, kerana gagal memberikan dua spesimen nafas untuk digunakan dalam ujian nafas, tanpa alasan munasabah.

Noorul Fhaiez menjatuhkan hukuman itu terhadap Cho Se Yon, 52, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut di Jalan Sri Hartamas di sini, pada 1.40 pagi, 9 Sept lepas.

Cho yang merupakan pemilik restoran makanan Korea, di sini, didakwa di bawah Seksyen 45C(6) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM6,000 dan boleh dipenjarakan tidak lebih 12 bulan serta lesen memandu percubaan dibatalkan.

Dia yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan denda yang ringan. “Saya menetap di Malaysia lebih 10 tahun, tolong berikan peluang sekali lagi kepada saya dan saya mohon dikenakan denda ringan,” katanya. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Hashimah Hashim. – BERNAMA

Tags: khidmat masyarakatPenganggur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

30/07/2025
0

TELUK INTAN: Seorang penganggur wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan membunuh ibu kepada teman lelakinya,...

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

03/07/2025
0

SHAH ALAM - Seorang penganggur yang berhijrah dari kampung ke Sungai Buloh untuk mencari pekerjaan, didakwa di Mahkamah Majistret di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd