Sample Page Title

SEBELUM ini usahawan muda, Safiey Ilias pernah menjadi perhatian netizen apabila membuat keputusan untuk berubah dari seorang maknyah kepada lelaki sejati.

Baca: Jutawan Muda Safiey Ilias Taubat, Nekad Buang ‘Payudara’

Bukan senang kan nak tengok seorang mak nyah kembali kepada jantina asalnya? Tetapi ketika itu, Safiey nekad untuk menjalani kehidupan sebagai seorang lelaki tulen sekaligus menunaikan tuntutan agama Islam yang dianutinya.

Perubahan Safiey telah mendapat liputan yang sangat meluas sehingga dia dijemput menjadi tetamu dalam pelbagai program televisyen, termasuk di stesen TV AlHijrah.

Lagi: Safiey Kongsi Momen Implan Payudara Di TV AlHijrah

'Penat Jadi Baik' Safiey Ilias Mengaku Jadi Pondan Semula

Namun semalam, Malaysia dikejutkan sekali lagi apabila Safiey membuat keputusan untuk menjadi Sofea Iliyas, seorang mak nyah semula.

Pada mulanya, Safiey memuat naik gambarnya berpakaian wanita di akaun Instagram dan posting tersebut segera menjadi buah mulut ramai.

'Penat Jadi Baik' Safiey Ilias Mengaku Jadi Pondan Semula

Rata-rata netizen mengecam keputusan yang dibuat Safiey malah menggangapnya mempermainkan agama untuk meraih perhatian demi perniagaan.

Selepas menerima kritikan dan ada pihak yang meminta penjelasan Safiey, dia mengambil keputusan membuat kenyataan pengesahan di Facebooknya sendiri bagi menjelaskan perkara sebenar.

Menurut Safie, penghijrahannya terbantut kerana berasakan dirinya tidak dibantu oleh orang sekeliling yang sering mencemuh sehingga menyebabkan dia berputus asa untuk terus kembali kepada fitrahnya, seorang lelaki.

Tulisnya di Facebook;

'Penat Jadi Baik' Safiey Ilias Mengaku Jadi Pondan Semula


'Penat Jadi Baik' Safiey Ilias Mengaku Jadi Pondan Semula

'Penat Jadi Baik' Safiey Ilias Mengaku Jadi Pondan Semula

Selepas itu, Safiey juga memuat naik printscreen WhatsApp yang dihantar oleh kakaknya yang meluahkan rasa sedih tentang keputusan dibuat olehnya.

Emm, siapa yang tak sedih kalau ada ahli keluarga yang membuat keputusan seperti ini kan… Memang susah untuk berubah ke arah kebaikan, tetapi itu merupakan ujian dan kita mesti terus kuat dan tidak putus asa.

'Penat Jadi Baik' Safiey Ilias Mengaku Jadi Pondan Semula

Mungkin ada hikmah di sebalik perkara yang terjadi ini. Semoga satu hari nanti Safiey akan kembali kepada fitrahnya dan menjalani kehidupan yang normal, sama seperti lelaki lain.

Mendoakan lebih baik daripada mencemuh.. – MYNEWSHUB.CC

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Senarai Penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR : Berikut adalah senarai Anggota Jemaah Menteri mengikut susunan kekananan.Ikuti Mynewshub: TelegramPerdana Menteri...

Tiada Menteri Dari Perlis, Kelantan, Dan Terengganu

PETALING JAYA – Tiada Menteri dalam barisan Kabinet baharu yang dilantik dalam kalangan Ahli...

Dulu Menteri Pertahanan, Kini Mat Sabu Menteri Pertanian

PETALING JAYA – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau Mat Sabu dilantik...

Nama Syed Saddiq Tiada Dalam Senarai Menteri Kabinet

PETALING JAYA – Teka-teki mengenai kedudukan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq...

Tiada Jawatan Timbalan Menteri Diumumkan

PETALING JAYA : Pengumuman Kabinet kerajaan perpaduan menyaksikan tiada jawatan Timbalan Menteri diumumkan oleh...

Ewon Benedick, Armizan Wakil Sabah Dalam Kabinet Anwar

KOTA KINABALU : Dua wakil dari Sabah masing-masing dari Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan...

Fadillah Yusof Terajui Kementerian Perladangan Dan komuniti

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Fadillah Yusof yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilantik...