• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penanaman Pokok Bakau Mampu Tangani Fenomena Air Pasang

oleh Ahmad Albab
22/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penanaman pokok bakau dilihat langkah terbaik dalam usaha menangani fenomena air pasang yang berlaku di negara ini sehingga menyebabkan kejadian banjir.

Sekalipun pelbagai langkah lain diambil seperti pembinaan benteng, namun pokok bakau merupakan benteng semula jadi terbaik, kata Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Zainal Azman Abu Seman.

“Infrastruktur sedia ada meliputi benteng di persisiran pantai sangat penting sebagai benteng penahan air yang utama ketika berlaku ombak besar.

“Di kawasan yang berlaku fenomena air pasang besar iaitu di Selangor terutamanya kita dapati kawasan benteng penahan semula jadi iaitu pokok paya bakau yang merupakan antara ekosistem penting bagi kawasan pinggir pantai semakin berkurangan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Zainal berkata kawasan paya bakau perlu dikekalkan dan dipulihara kerana boleh mengurangkan angin yang kencang di kawasan pinggir pantai serta tekanan gelombang lautan.

Katanya lagi langkah ini antara penahan semula jadi yang dilihat berkesan bagi menangani kesan fenomena air pasang yang berlaku selain menjimatkan kos serta boleh bertahan lama.

Menurutnya, benteng penahan air sedia ada yang dibuat daripada batu dan tanah pula mudah pecah sehingga air laut melimpah ke kawasan sekitar seterusnya menyebabkan banjir.

Selain itu katanya penempatan penduduk di sekitar kawasan berhampiran pantai yang berisiko terjejas berikutan fenomena air pasang besar di negeri tersebut hendaklah dikaji semula struktur pembinaannya.

“Kawasan perumahan hendaklah dibina lebih jauh dari kawasan pantai agar dapat mengurangkan kesan kejadian air pasang yang berlaku secara tiba-tiba.

Sementara itu, pensyarah Institut Oseanografi dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu Mohd Fadzil Mohd Akhir berkata sistem awal bencana perlu ditambah baik dalam menangani fenomena air pasang yang menyebabkan banjir itu.

“Sistem yang lebih ‘masa nyata’ perlu digunakan oleh pihak berkaitan yang membuat ramalan bencana agar penduduk sekitar kawasan pantai dapat berjaga-jaga serta ditempatkan di pusat pemindahan dengan kadar segera,” katanya.

Mohd Fadzil berkata maklumat mengenai kejadian ini juga perlu disebarkan dengan segera kepada penduduk di kawasan berhampiran pantai melalui medium yang mudah diakses.

“Walaupun sekarang media sosial merupakan medium saluran info utama, namun tidak semua yang ada akses kepadanya, terutamanya penduduk di kawasan pedalaman dan generasi tua.

“Selain itu, orang ramai perlu peka terhadap fenomena sebegini dan isu alam sekitar yang berlaku agar dapat bersedia awal dari segi aspek keselamatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: air pasang besarBanjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd