• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Disaran Tahu Sebut Harga Baiki Kereta

oleh Ahmad Albab
20/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemilik kereta disaran agar mendapatkan sebut harga daripada pengusaha bengkel terlebih dahulu sebelum kenderaan mereka dibaiki.

Pengerusi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), Wan Rufaidah Wan Omar berkata ia adalah bagi mengelak berlaku penipuan harga.

“Bengkel kereta perlu diminta menyediakan sebut harga yang lengkap berkaitan pembaikan yang hendak dilakukan, anggaran kos termasuk kos tenaga manusia serta anggaran masa yang perlu diambil untuk melakukan kerja-kerja pembaikan.

“Adalah juga menjadi hak pengguna untuk meminta maklumat daripada pengusaha bengkel tentang kerosakan yang dikenal pasti sebelum bersetuju membenarkan kereta mereka dibaiki,” katanya dalam program ‘Dalam Radar’ terbitan Radio Bernama.

Beliau berkata pemilik juga sepatutnya mendapat penjelasan terperinci berkaitan komponen yang telah ditukar sama ada ia adalah tulen, baharu, terpakai atau dikitar semula.

Wan Rufaidah menjelaskan sebanyak 85 tuntutan berkaitan kes penipuan pihak bengkel difailkan di TTPM setakat 31 Julai lalu yang nilai tuntutannya berjumlah kira-kira RM446,000.

Beliau berkata pihaknya akan memfailkan kes yang nilai tuntutan barangan atau perkhidmatan tidak melebihi daripada RM25 ribu dan kesnya tidak melebihi tiga tahun dari tarikh kejadian kes. – BERNAMA

Tags: aduan penggunatuntutan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tuntutan Perlu Utamakan Bahasa Melayu – PM

Tuntutan Perlu Utamakan Bahasa Melayu – PM

12/12/2025
0

LANGKAWI: Perdana Menteri menjelaskan sebarang tuntutan yang menjurus kepada sensitiviti agama, bangsa dan kaum perlu mengambil kira kedudukan bahasa Melayu...

Tuntutan Sarawak Terhadap PETRONAS Tidak Terbatal Dengan MoU – Abang Johari

Tuntutan Sarawak Terhadap PETRONAS Tidak Terbatal Dengan MoU – Abang Johari

22/05/2025
0

KUCHING: Notis tuntutan kerajaan Sarawak terhadap Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) tidak terbatal secara automatik susulan deklarasi yang ditandatangani bersama Kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd