• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bina Bonggol Depan Sekolah Mungkin Wajib Elak Nahas

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI SIPUT – Kementerian Pendidikan mungkin akan mewajibkan pembinaan bonggol di laluan kawasan sekolah sebagai antara langkah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.

Timbalan menteri berkenaan, Datuk P. Kamalanathan berkata tindakan tersebut penting susulan beberapa insiden kemalangan melibatkan pelajar sekolah sehingga meragut nyawa kebelakangan ini.

“Kementerian akan melihat bagaimana untuk memperketat lagi peraturan keselamatan lalu lintas termasuk mewajibkan pembinaan bonggol di hadapan setiap sekolah.

“Kami telah meletakkan tanda amaran, ada penjaga lalu lintas, mengurangkan had laju kepada 30 kilometer sejam dan menebalkan garisan kuning di hadapan sekolah tapi kemalangan masih berlaku hingga melibatkan nyawa pelajar,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Hari Anugerah Dermasiswa Lafarge 2016 di Dewan Tun V. T Sambanthan di sini, hari ini.

Kamalanathan turut meminta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya mengenakan tindakan tegas terhadap pemandu yang tidak mematuhi peraturan keselamatan di kawasan sekolah sehingga menyebabkan kehilangan nyawa.

“Memang ada penjaga lalu lintas di sekolah tetapi ada juga pemandu yang memandu dengan laju tanpa melihat amaran yang diberikan sehingga perkara ini terjadi,” katanya.

Semalam, seorang murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Medan menemui maut akibat dilanggar treler ketika melintas untuk memasuki perkarangan sekolahnya.

Pada Selasa seorang murid Tahun Empat juga maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan untuk memasuki perkarangan SK Santong di Dungun, Terengganu.

Pada majlis itu, Kamalanathan turut menyampaikan anugerah dermasiswa Lafarge bernilai RM20,000 kepada 48 pelajar sekolah rendah dan menengah dari lapan sekolah sekitar Chemor dan Sungai Siput.

Beliau turut memuji usaha syarikat simen terkemuka itu yang sentiasa memberi sumbangan kepada sekolah-sekolah di kawasan setempat selain membaik pulih infrastruktur untuk keselesaan pelajar.

“Kementerian amat mengalu-alukan mana-mana syarikat lain yang ingin memberi sumbangan dan bantuan kepada sekolah di negara ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: keselamatanSekolah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd