Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

Pembawaan Penyakit Kusta Pendatang...

BALIK PULAU - Pembawaan penyakit kusta dalam kalangan pendatang asing memberikan kebimbangan terhadap...

8 Anak Kapal TUDM...

KUALA LUMPUR - Lapan anak kapal pesawat CN235 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)...

Sufi Dinobat Juara Akademi...

KUALA LUMPUR - Persaingan sengit empat finalis Akademi Fantasia 2015 menobatkan peserta kelahiran...

Lelaki Sado Jual Buah...

SEJAK kebelakangan ini banyak kisah-kisah mengenai lelaki sado yang berniaga mendapat perhatian masyarakat...

Pemandu Lori Dijel Kerana Pukul Rakan Guna Kayu Snuker

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lori dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memukul rakannya dengan kayu snuker selepas kalah perlawanan snuker.

S. Logeswaran, 32, mengaku bersalah di hadapan Majistret Husna Dzulkifly kerana memukul M. Saravanan, 30, di kepala dengan kayu snuker di Fightblack Snooker, Pertama Residency, Cheras di sini pada 16 September kira-kira 6.45 pagi.

Majistret memerintahkan tertuduh menjalani hukuman mulai tarikh dia ditangkap pada 17 September

Logeswaran dituduh mengikut Seksyen 324 kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Menurut fakra kes, Logeswaran kecewa dengan keputusan perlawanan snuker yang kemudian mencetuskan pergaduhan antara kedua-dua mereka dengan Saravanan dan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala.


Semasa merayu, Logeswaran yang tidak diwakili peguam, meminta mahkamah menjatuhi hukuman ringan dan berbentuk denda.

Timbalan pendakwa raya, Ahmad Zikri Jaafar meminta mahkamah mengambil kita faktor kecederaan serius yang dialami mangsa dan meminta mahkamah menjatuhi hukuman yang setimpal dengan kesalahan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori