• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelakon, Rakan Ditahan Tanam Ganja

oleh Ahmad Albab
26/09/2016
dalam Artis, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR - Seorang pelakon drama berusia 28 tahun bersama dua rakannya ditahan selepas disyaki menanam dan memiliki ganja serta senjata berbahaya dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Ampang di sini, semalam.

Menurut sumber, serbuan pada 12.40 tengah hari itu dilakukan hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

Pelakon berkenaan sering memegang watak pelakon pembantu dalam drama tempatan.

Sumber berkata, dalam serbuan itu, polis menemui beberapa pokok yang ditanam dalam pasu dan dedaun kering dalam bekas kaca disyaki ganja serta satu bekas pengisar mengandungi dedaun kering disyaki daun ganja.

“Pemeriksaan lanjut menemui biji benih pokok ganja, tujuh pedang samurai, 21 pisau, tiga buku lima, empat pistol angin, dua laras senapang angin, sebilah kapak dan sehelai vest Polis Diraja Malaysia (PDRM),”€ katanya.

Menurutnya, nilai barangan yang dirampas d rumah berkenaan dianggar RM25,000.

Katanya, semua suspek berusia antara 28 hingga 36 tahun itu dibawa ke IPD Wangsa Maju untuk siasatan lanjut.

“œMereka akan direman untuk siasatan mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39B ADB 1952, Seksyen 4 Akta Senjatapi 1960, Seksyen 7(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357),”€ katanya. – myMetro Online

Tags: ganjapelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd