• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Perlu Sediakan Kertas A4 Untuk Kegunaan Sekolah?

oleh AK-47
01/09/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BETAPA pelik apabila mendengar berita konon sebuah sekolah di Pulau Pinang; satu negeri yang ditadbir oleh pembangkang; dilaporkan ‘kehabisan’ kertas A4 untuk kegunaan peperiksaan pelajarnya.

Ini menyebabkan murid-murid pula terpaksa atau ‘dipaksa’ untuk menyediakan kertas A4 kepada pihak sekolah. Hal ini didedahkan oleh seorang ibu menerusi akaun media sosialnya baru-baru ini.

Sharifah Mohd. Jahaya mendakwa dua orang anaknya meminta untuk dibelikan kertas A4 bagi seorang satu ‘rim’ ketika mereka berada di sebuah pasar raya besar di negeri wilayah Utara semenanjung itu.

Dia yang kehairanan bertanya kepada anaknya mengapa perlu membeli sebegitu banyak kertas A4, lalu anaknya mendedahkan  bahawa pihak sekolah meminta para pelajar untuk menyediakan kertas A4 bagi kegunaan peperiksaan.

Lucunya, dia menyalahkan pula pihak kerajaan Pusat kerana masalah tersebut sekali gus memperodohkan dirinya sendiri apabila mengaitkan urusan kertas A4 untuk keperluan sekolah di Pulau Pinang sebagai masalah negara.

Pelajar Perlu Sediakan Kertas A4 Untuk Kegunaan Sekolah?

“Saya bawa anak ke Tesco, depa beli A4 paper seorang satu rim. Saya tanya nak buat apa seorang satu rim? Depa jawab nak sedekah dekat sekolah untuk peperiksaan. Setiap student kena sedekah kat sekolah, satu rim.

“Sekolah tak ada duit nak beli kertas. Teruk betul kewangan kerajaan. Lagu ni punya keadaan pi sekolah belajar sudah la. Takyah ada peperiksaan. Ekonomi negara dah teruk,

“Minta pihak bertanggungjawab prihatin terhadap masalah kewangan negara. Jangan syok dok perabih duit rakyat untuk kepentingan diri sendiri. Apa nak jadi ni?” luah Sharifah di laman Facebook.

Tinjauan kami juga mendapati, segelintir golongan ibu bapa bersependapat dengan Sharifah apabila ada antaranya mengakui apa yang didedahkan oleh wanita ternyata benar dan bukannya untuk mencari publisiti murahan.

Namun tidak kurang juga yang mengatakan perkara tersebut tidak perlu dijadikan isu bagi menghentam pihak sekolah.

“Kenapa ibu bapa tak bertanya pada pihak sekolah dulu? Kerana sebelum melaksanakan apa-apa aktiviti, sekolah mesti sertakan surat siaran. Kenapa perlu diadu-dombakan di Facebook dengan provokasi pada pihak kerajaan?

“Sebagai peguam, kena perlu buktikan bagi membuktikan kesalahan (jika berlaku). Lagipun, apa kesalahan yang sekolah itu buat apabila mengajar pelajarnya bersedekah dan jariah?

“Nak sedekah dan jariah, beli melalui anak-anak. Rasa membebankan, tak payah beli dan saya pasti pihak sekolah tak akan mengenakan tindakan pada pelajar jika ibu bapa nyatakan keengganan,” tulis Misnan Masri.

Sementara itu, beberapa golongan pendidik turut memberikan respons mereka berhubung isu ini.

“Sebagai guru, saya juga bertanggungjawab untuk bersama-sama menyumbangkan satu rim A4. Semasa menyumbang, saya tidak mengeluh kerana, sebagai guru saya faham A4 itu untuk apa.

“Kami sebagai cikgu bukan setakat menyumbang kertas A4, malah kertas bunga, manila kad, bunga, kertas warna, paku, selotape, dawai kokot, plastik, marker pen.

“Kami yang cikgu-cikgu ini sudah banyak menyumbang dan anggap sedekah demi anak bangsa. Pada ibu bapa yang tidak mampu dan tidak ikhlas, lebih baik jangan bagi. Tak adanya anak akan dibuang sekolah disebabkan perkara itu,” kata cikgu tersebut yang tidak mahu didedahkan nama. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kertasmuridSekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd