• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Staf Kesihatan Ditahan Tuntutan Palsu RM900K

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang pegawai perubatan bersama dua kerani kewangan Pejabat Kesihatan Daerah di negeri ini, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, melibatkan tuntutan palsu bernilai hampir RM900,000.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Simi Abd Ghani yang mengesahkan tangkapan itu, berkata ketiga-tiga wanita berkenaan ditahan di pejabat SPRM negeri, kira-kira 9 malam tadi.

“Mereka yang ditahan berumur antara 30-an dan 50-an.

“Kesemua mereka disyaki mengemukakan tuntutan palsu terhadap 59 baucar bayaran perkhidmatan pembekalan barang tetapi barang tidak sampai ke pejabat kesihatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Simi berkata berdasarkan siasatan awal, pegawai kesihatan itu didapati bersekongkol dengan enam syarikat pembekalan dengan memberi sebahagian hasil tuntutan kepada syarikat yang terlibat.

Kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. Permohonan reman ke atas mereka dibenarkan oleh Majistret Noor Aishah Ahmad selama tujuh hari bermula hari ini. – BERNAMA

Tags: SPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd