• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Tingkat Penguatkuasaan Di Sekitar Sekolah

oleh Ahmad Albab
28/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus meningkatkan penguatkuasaan peraturan lalu lintas khususnya di kawasan sekolah ekoran beberapa kes kemalangan maut yang melibatkan para pelajar baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata peningkatan itu termasuk mengenakan kompaun kepada mereka yang memandu laju di kawasan berisiko.

Selain itu pihaknya juga akan memasang perangkap laju di sekitar kawasan sekolah.  “Kita juga memohon kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa.

“Ibu bapa perlulah mengambil berat keselamatan anak-anak walaupun di kawasan sekolah seperti menghantar anak di kawasan pagar sekolah dan tidak membiarkan anak melintas jalan sendiri terutamanya di waktu puncak,” katanya.

Beliau mengulas kes kemalangan maut melibatkan beberapa orang pelajar di kawasan sekolah baru-baru ini.

Pada 20 Sept, seorang murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Santong, Dungun, Terengganu maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan raya untuk memasuki perkarangan sekolah.

Keesokan harinya pula seorang lagi murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Teluk Medan, Perak maut akibat dilanggar treler ketika dalam perjalanan ke sekolah. – BERNAMA

Tags: PDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Inspektor Polis, Isteri Maut Nahas Dua Kereta Di Jalan Kuantan-Segamat

Inspektor Polis, Isteri Maut Nahas Dua Kereta Di Jalan Kuantan-Segamat

27/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PEKAN – Seorang pegawai polis berpangkat inspektor bersama isterinya maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer...

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd