• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Perlis Laksana Solat Jenazah Ghaib

oleh Ahmad Albab
17/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Lebih 100 umat Islam di sini menunaikan solat jenazah ghaib untuk Allahyarham Datuk Dr. Haron Din yang juga Mursyidul Am PAS, yang meninggal dunia di San Francisco, Amerika Syarikat semalam.

Solat jenazah ghaib anjuran PAS Perlis itu diadakan di Madrasah Addiniah Al-Islamiah (MADI), Kampung Jejawi Dalam, di sini, pada pukul 6.20 pagi tadi selepas solat subuh yang diimamkan Ustaz Abdullah Sabu.

Allahyarham Haron, 76, meninggal dunia pada pukul 10.10 pagi (waktu Malaysia) semalam di Hospital Stanford University, San Francisco akibat komplikasi jantung.

Malam tadi turut diadakan majlis tahlil yang disertai kira-kira 1,000 orang di Kompleks PAS Perlis di sini dan dipimpin Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Jenazah Mursyidul Am PAS itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars, Laughlin Road, Livermore, California, Amerika Syarikat pada pukul 10 pagi Jumaat waktu tempatan (kira-kira 1 pagi tadi waktu Malaysia).

Anak jati Perlis dari Kampung Behor Mali, di sini meninggalkan isteri Datin Khadijah Md Salleh, dua anak lelaki dan tiga anak perempuan. – BERNAMA

Tags: PASSOLAT GHAIB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd