Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

FAS Perkenal Enam Pemain...

KUCHING - Bekas pemain KL Felda United FC, Makeche Ndumba dan Gilmar Jose...

MAF Ingin Bentuk Program...

KUALA LUMPUR - Kagum dengan pemecahan rekod dan kutipan emas yang dilakukan atlet...

Kedah Rancang Zon Bebas...

ALOR SETAR - Kedah akan mewujudkan zon bebas cukai kedua di negeri itu...

Kes Bawa Lari Lori...

DUA individu yang bekerja sebagai penjaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret George...

PAS Hilang Kelayakan Bentuk Generasi Bertaqwa

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) adalah sebuah angkatan baharu yang dijadikan oleh Allah S.W.T bagi menggantikan angkatan lama PAS yang telah hilang kelayakan.

Bekas Naib Presiden PAS yang kini menyertai PAN, Datuk Husam Musa berkata, PAS telah hilang kelayakan bagi meneruskan generasi Islam bertaqwa yang cemerlang.

“Kita memunculkan diri menjadi cerminan untuk PAS bersaing meningkatkan prestasi dirinya sebagai parti dan kerajaan Islam di bawah konsep fastabiqul khairat.

“Atau kita menjadi angkatan yang selalu disebut oleh Al-Quran, `wayas tabdil qauman ghairakum’- Allah menjadikan kita angkatan baru menggantikan angkatan lama atas sebab mereka telah hilang kelayakan melangsungkan keunggulan generasi bertaqwa yang cemerlang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau yang dipecat daripada PAS April lalu mengumumkan menyertai PAN dalam satu majlis makan malam di Cyberjaya, kelmarin.

Husam dalam pada itu mendakwa beliau sedang berhadapan serangan bersifat peribadi, tanpa fakta, tikam belakang, bertopeng, semborono dan jauh dari akhlak mulia oleh bekas rakan politiknya.

Katanya, beliau bagaimanapun menasihati diri untuk memerima realiti politik Malaysia yang penuh dengan perseteruan bersifat peribadi.

Malah, katanya. pihak yang melaungkan mereka membawa panji Islam dan politik matang lagi sejahtera juga tidak terlepas dari menembus larangan agama.


“Saya suka menasihatkan penyokong atau peminat saya kekal “cool”. “Cool” adalah indah. Tanda kematangan,” katanya.

Beliau dipercayai membuat kenyataan “cool” itu bagi membalas sindiran Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad.

Semalam, Nik Mohamad menyifatkan Husam sebagai `rare’ kerana mempergunakan nama baik ayahnya, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menghasut ahli PAS menyertai PAN.

“Lepas tok guru (Nik Abdul Aziz) meninggal pun, dia masih beritahu orang bahawa kalau masih hidup, tok guru akan ikut dia tinggalkan PAS dan masuk parti baru (PAN).

“Nampaknya, sampai mati tok guru istiqamah ikut dia. Memang ‘rare’ murid tok guru ni sorang,” kata Nik Mohamad Abduh. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori