• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Panggilan Telefon Diterima Berhubung Kes Culik Terbaru

oleh Ahmad Albab
16/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Satu panggilan telefon diterima berhubung kes penculikan tiga anak kapal nelayan di perairan Pulau Pom Pom, Semporna baru-baru ini.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun enggan mengulas butiran panggilan telefon itu.

“Memang ada panggilan telefon. Tetapi biarlah kita (polis) menyiasat dahulu kesahihan panggilan tersebut, sama ada ia betul-betul daripada penculik atau orang yang mahu mengambil kesempatan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sambutan Hari Malaysia peringkat Sabah di sini, hari ini.

Abdul Rashid berkata beliau difahamkan semua mangsa dalam keadaan selamat dan polis akan terus menyiasat kes itu.

Tiga anak kapal nelayan itu dikenali sebagai Loloi Alpin, 30, Sami, 30-an, dan Masurin, 50-an masing-masing warga Filipina tetapi memiliki dokumen IMM13 dan Surat Banci daripada Pasukan Petugas Khas.

Mereka diculik tujuh lelaki bersenjata api ketika menangkap ikan bersama-sama 13 lagi anak kapal di perairan berkenaan kira-kira 10.40 malam pada 10 September lepas.

Abdul Rashid turut kesal kerana kebanyakan bot nelayan di perairan Sabah khususnya di pantai timur negeri ini tidak memasang sistem komunikasi Sistem Pengesanan Automatik (AIS) untuk membolehkan mereka berhubung dengan pihak berkuasa.

“Seperti insiden (culik) baru-baru ini, bot dia tidak ada sistem perhubungan seperti AIS.

“…kita minta nelayan supaya pasangkannya (AIS) dan beri kerjasama kepada pasukan keselamatan dalam menjaga kepentingan dan keselamatan kita bersama,” katanya.

Beliau berkata bahawa polis sedang mengkaji semula pemberian permit kepada nelayan untuk menjalankan kegiatan perikanan di perairan negara pada waktu perintah berkurung.

Abdul Rashid menjelaskan kajian semula itu bukan untuk melarang kegiatan perikanan pada waktu berkenaan tetapi mencari pendekatan sesuai menjalinkan kerjasama antara nelayan dengan pasukan keselamatan.

Menurutnya pelaksanaan perintah berkurung di perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) masih efektif, tetapi memerlukan kerjasama masyarakat untuk memastikan keselamatan terjaga.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan penculik bersembunyi di kawasan Esszone, khususnya pulau-pulau berhampiran selatan Filipina.

Sempena sambutan Hari Malaysia, Abdul Rashid berharap rakyat terus bekerjasama dalam memelihara keselamatan dan keamanan negara ini.

“Kita semua telah bersusah payah memastikan kedaulatan dan keamanan negara. Jadi, kita jagalah negara kita bersama,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes culikSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen Hulu Langat Nafi Tak Hirau Mangsa Banjir Kawasannya, Sibuk Berkaraoke Di Sabah

Ahli Parlimen Hulu Langat Nafi Tak Hirau Mangsa Banjir Kawasannya, Sibuk Berkaraoke Di Sabah

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan menafikan tohmahan beberapa pihak menuduhnya tidak mengambil berat nasib penduduk di...

SPRM Nafi Keluarkan Mesej Peringatan Rasuah PRN Sabah Menerusi WhatsApp

SPRM Nafi Keluarkan Mesej Peringatan Rasuah PRN Sabah Menerusi WhatsApp

21/11/2025
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nafi mengeluarkan mesej peringatan larangan terbabit rasuah yang tular di WhatsApp berkaitan Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd