Sunday, March 3, 2024

Creating liberating content

RMK12: Tiada Pihak Dipinggirkan,...

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan mempunyai dua tahun setengah bagi...

Rafizi Umum Tanding Timbalan...

CABAR... Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengesahkan bahawa beliau akan bertanding untuk rebut...

Rayuan Ke IPTA/Politeknik Premier...

PUTRAJAYA - Keputusan rayuan permohonanan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Politeknik Premier...

Raja Azmi, Eddie Ghazali...

KUALA LUMPUR : Produser filem kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman sah bercerai talak...

PAN Tidak Sesuai Dipanggil Amanah! – PAS

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) tidak sesuai dipanggil sebagai parti ‘Amanah’ kerana parti itu dipimpin oleh mereka yang tidak amanah.

Setiausaha PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, PAN dipimpin mereka yang pernah melanggar baiah, yang melarikan kerusi PAS dan melanggar disiplin parti.

“Kalau nak sebut orang yang melarikan kerusi, orang yang langgar bai’ah, orang yang kena (tindakan) disiplin, untuk nak dikatakan dengan amanah, memang tak sesuai.

“Orang nak sebut amanah pun tak mahu sebab dikaitkan dengan parti itu, sedangkan amanah ini sifat Rasulullah S.A.W,” katanya seperti dilaporkan sebuah portal berita.

Che Abdullah dalam pada itu mengecam bekas pemimpin PAS yang kini menyertai PAN, Datuk Husam Musa mempergunakan nama bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya, Husam cuba menyamakan perjuangan PAN dengan perjuangan Nik Aziz tidak pernah sesekali mengkhianati perjuangan Islam dan PAS seperti yang dilakukan PAN.


Husam yang menyertai PAN berkata, mana-mana ahli PAS yang mahu mencontohi perjuangan Nik Aziz perlu menyertai PAN kerana perjuangan parti itu menyamai kehendak perjuangan Islam yang diamalkan ulama itu.

Bekas Naib Presiden PAS itu juga melahirkan keyakinannya bahawa PAN mampu menyelamatkan Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori