Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Pelawak Rahim Masuk Hospital...

PELAWAK Rahim dari kumpulan R2 yang menggondol tempat kedua ketika Raja Lawak musim ke-5...

Hanya Kerana Nak Basikal,...

JAKARTA - Hadiahnya hanyalah 10 buah basikal namun sambutan amat luar biasa apabila...

Perhimpunan Agung UMNO, Gelanggang...

KUALA LUMPUR - UMNO akan mempamer kejayaan dan pencapaian pentadbiran kerajaan Barisan Nasional...

OIC Harap Main Peranan...

BANGKOK - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berharap dapat memainkan peranan dalam proses politik...

PAN Sindir Usaha PAS Perkasa Mahkamah Syariah

KUALA LUMPUR -  “Jangan menganggap usaha memperkasakan Mahkamah Syariah sebagai usaha yang dilakukan oleh hanya diri kita sahaja.”

Itu sindiran Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Abd. Samad ke atas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kata beliau, usaha untuk memperkasakan Mahkamah Syariah sebenarnya sudah lama dilaksanakan oleh anggota Mahkamah Syariah sendiri.

“Jangan kita dilihat sebagai ayam jantan yang menganggap matahari terbit atas sebab ia berkokok.

“Sedangkan usaha ke arah itu, demi menjamin keadilan, telah diusahakan sekian lama oleh ramai,” sindirnya dalam satu kenyataan media semalam.

Khalid dalam pada itu mengingatkan Keberkesanan dalam mencegah dan membendung jenayah syariah tidak boleh mengambil bentuk ‘blank cheque’.

Justeru, katanya, PAN berasa kecewa dengan PAS kerana tidak memberi reaksi balas kepada permo0honan parti itu untuk mendapatkan penjelasan tentang usul PAS untuk memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah di Parlimen.

Beliau mendakwa permohonan itu telah disampaikan melalui satu kenyataan media pada 6 September lalu.


“Kami akan menghantar kenyataan tersebut kepada mereka secara ‘courier’. Kami akan memberikan tempoh seminggu untuk mereka (PAS) menjawab,” katanya.

Presiden PAS sebelum ini mewakili partinya bagi membawa usul meminda akta bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah.

Usaha itu bagaimanapun ditentang hebat pemimpin Pakatan Harapan dengan mendakwa usul itu sebenarnya usaha PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud di Malaysia.

Terdapat pemimpin Pakatan Harapan mendakwa undang-undang hudud jika dilaksanakan akan mengundang bias kepada golongan lemah terutama wanita. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori