• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAN Dakwa Singapura Maju Kerana Tiada UMNO!

oleh AK-47
28/09/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) menuduh kononnya Singapura menjadi sebuah negara yang lebih maju berbanding Malaysia kerana tiada UMNO di negara tersebut.

Justeru, seorang pemimpin PAN Johor dalam nada memuji-muji Singapura menyeru seluruh rakyat Malaysia melihat kepada kemajuan yang dicapai negara itu.

Sehubungan itu, pemimpin PAN terbabit membayangkan seluruh rakyat perlu bangkit menumbangkan parti Melayu UMNO jika mahu Malaysia menjadi maju seperti Singapura.

“Kenapa Singapura lebih maju sedangkan tiada apa-apa? Air pun diambil dari Johor. Mengapa mereka boleh kaya? Kerana tidak ada UMNO,” dakwanya dalam satu ceramah baru-baru ini.

Video ceramah berdurasi kira-kira lapan minit yang dipercayai berlangsung di Muar itu dimuat naik di laman Facebook rasmi PAN semalam.

Laman Facebook PAN tidak menyatakan identiti pemimpin yang memberi ucapan itu tetapi individu berkenaan dipercayai Pengerusi PAN Johor, Aminolhuda Hassan.

Aminolhuda merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Johor yang meletak jawatan bagi menyertai PAN.

Terdahulu, pemimpin PAN Johor terbabit mendakwa beliau dan sekumpulan bekas pemimpin PAS disingkirkan daripada parti Islam berkenaan kerana mempertahankan Pakatan Rakyat.

Justeru, beliau mengakui PAN memang ditubuhkan untuk menumbangkan parti Melayu UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan menyertai Pakatan Harapan.

Beliau dalam pada itu mendakwa bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan beliau tidak akan kembali pada UMNO.

Katanya, Muhyiddin turut mengumumkan beliau yang kini menerajui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan melumpuhkan UMNO dan kerajaan BN. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PANUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd