Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Arab Saudi Sokong Proses...

KABUL - Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, telah menzahirkan sokongan terhadap...

Azizulhasni Tarik Diri Acara...

BRISBANE – Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang menarik diri daripada acara...

Warga Emas Potong Zakar...

Turki - Akibat kecewa ditinggalkan oleh isterinya yang kini bercinta dengan seorang doktor...

Bekas Gabenor Rio De...

RIO DE JANEIRO - Bekas Gabenor Rio de Janeiro dijatuhi hukuman 14 tahun...

Nelayan Selangor Digalak Guna PLB

PELABUHAN KLANG – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Klang menggalakkan para nelayan di perairan Selangor menggunakan ‘Personal Locator Beacon (PLB)’ sebagai langkah pengesanan efektif jika berlaku kecemasan.

Pengarah Maritim Daerah 4 Klang, Kapten Maritim Mohd Rosli Abdullah berkata ini kerana alat perhubungan berkenaan dilihat mampu menunjukkan koordinat di laut dengan lebih tepat bagi memudahkan agensi itu bergerak ke lokasi untuk sebarang bantuan.

“PLB beroperasi menggunakan sistem satelit terus ke radar APMM dan ia memudahkan kita mengesan mereka di mana saja koordinat menerusi maklumat yang diterima. Ini untuk mengelakkan para nelayan kita dieksploitasi pihak lain.

“APMM Daerah Maritim Klang sentiasa berusaha memastikan perairan Selangor bebas daripada sebarang kegiatan haram demi keselesaan para nelayan mencari rezeki dan kita harapkan kerjasama daripada semua pihak dalam hal ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Mohd Rosli dikunjungi 15 wakil Persatuan Kebajikan Nelayan dan Peniaga-peniaga Ikan Sekinchan di pejabatnya dalam menjalin kerjasama rapat antara kedua-dua pihak demi kemakmuran perairan Selangor.

Dalam kunjungan itu katanya, terdapat beberapa perkara dibincangkan wakil persatuan berkenaan yang meminta APMM meneliti isu penggunaan pekerja asing di dalam kapal selain penyalahgunaan pukat tunda oleh kapal kelas B di kawasan pesisir pantai.


Mohd Rosli berkata konsep perbincangan dan kunjungan yang dilakukan persatuan itu dilihat sangat baik dalam mempertingkatkan penyaluran maklumat antara dua pihak untuk tindakan sewajarnya pada masa depan.

Dalam pada itu, pengerusi persatuan berkenaan, Chia Thiam Chee berkata pihaknya berharap APMM dapat meneruskan lagi kekerapan rondaan dan pemantauan di sempadan perairan negara bagi mengelakkan berlakunya pencerobohan pihak tidak bertanggungjawab.

“Sejak APMM banyak ronda di laut dan jaga keselamatan, kita tengok pencerobohan pihak lain semakin berkurang dan kita amat berterima kasih kepada agensi, banyak bantu kita,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan terus menjadi mata dan telinga negara dalam menyalurkan maklumat kepada APMM dan agensi penguat kuasa lain sekiranya berlaku kegiatan haram di laut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori