Thursday, February 13, 2025

Creating liberating content

Siasatan Hakim Nazlan: Permohonan...

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menetapkan 23 Jun ini untuk mendengar permohonan dua...

7 Lelaki Samun Kedai...

KUALA LUMPUR - Tujuh lelaki termasuk ketua kumpulan Geng Kapak dipercayai aktif melakukan...

Israel Serang Lokasi Pembuatan...

GAZA - Tentera Israel melancarkan serangan udara pertamanya di Genting Gaza yang ditadbir...

Kanak-Kanak Dipaksa Ibu Jalani...

ALEXANDER ‘Sasha’ Plushenko baru berusia lima tahun namun kanak-kanak ini terpaksa menjalani rutin...

Murid Dibelasah Kerana Mengusik Arwah Bapa

PERGADUHAN antara dua murid tahun enam yang menjadi viral menerusi media sosial kelmarin dikatakan tercetus ekoran tindakan mangsa mengutuk arwah bapa pembulinya.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitenden Rosley Hobden berkata, kedua-dua pelajar itu yang kini sedang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah dipanggil untuk memberi keterangan.

Menurutnya, ibu bapa mangsa baru sahaja membuat laporan polis pada Selasa berhubung kes buli yang berlaku pada 30 Ogos lalu.

“Kami sudah merekodkan kenyataan daripada kedua-dua belah pihak dan beberapa saksi,” kata Rosley.

Pihak polis turut mengambil keterangan daripada pengetua dan guru kelas terlibat selain kerusi plastik yang digunakan sebagai bahan bukti.

Difahamkan, pelajar tersebut marah dengan tindakan mangsa kerana didakwa mengusik mengenai arwah bapanya yang baharu meninggal dunia.

Terdahulu: Budak Sekolah Agama Tunjuk ‘Taiko’ Belasah Pelajar

“Tiada sebarang kecederaan serius berlaku pada mangsa dan juga tiada motif lain dalam pergaduhan ini,” tambah Rosley.


Menurutnya, siasatan sedang dijalankan dan kertas siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini, dua murid lelaki terbabit yang berpakaian uniform baju Melayu dilapor bersemuka antara satu sama lain sambil diperhatikan rakan sekelas lain.

Menerusi video, pembuli dilihat bertindak ganas dengan menendang, menampar, menumbuk dan melemparkan kerusi ke atas mangsa selain turut mencekak leher mangsa.

Bagaimanapun mangsa langsung tidak melawan atau dibantu oleh rakan sekelasnya yang lain. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori