Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Tiga Lembu Ditangkap Berkeliaran...

GUA MUSANG – Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) menangkap tiga ekor lembu yang...

Anak Mufti Kedah Luah...

KESAL... Setelah hampir sembilan bulan Pakatan Harapan (PH) berkuasa, banyak pihak termasuk penyokong...

Laporan Penuh Ketua Audit...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata laporan penuh Ketua Audit...

Ambrin Ada Kuasa Mutlak...

Bekas ketua audit negara Madinah Mohamad bersetuju bahawa pendahulunya Ambrin Buang adalah individu...

Model Bogel Page 3 Bakal Sertai ISIS

BEKAS model halaman gadis Page 3 bagi portal The Sun di Britain, Kimberley Miners, kini dilatih menerusi media sosial oleh kumpulan militan ISIS untuk menyertai kumpulan itu sebagai pengantin jihad.

Page 3 terkenal di Britain kerana ia menyiarkan gambar-gambar perempuan berbogel. Kimberly, 27, menggunakan Facebook untuk berinteraksi dengan anggota ISIS dari Britain yang kini berada di Syria.

Dia telah dua kali mengunjungi Turki dan pernah sampai ke kem pelarian berhampiran dengan sempadan Syria.

kimberly1

Menurut Daily Star, model berkenaan terbang ke Turki pada 2012 untuk menjalani pembedahan membesarkan payudara. Bapa Kimberly meninggal dunia akibat lemas pada 2010 apabila dia terjatuh ke dalam tasik beku di Bradford.


Model glamor itu juga dikatakan akan menukar namanya kepada Aisha Lauren al-Britaniya dan telah berhubung dengan Abu Usamah Al Britani iaitu seorang lelaki yang dipercayai merupakan pelatih ISIS.

Akaun sosial media Abu Usamah sering kali ditutup namun profil Facebooknya menunjukkan imej ‘pejuang kekebasan seringkali dilabel sebagai pengganas’. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori