Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

Najib, Modi Rasmi Himpunan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya...

Tikus ‘Amuk’ Hancurkan Mesin...

GEMPAR... Misteri sebuah mesin juruwang automatik (ATM) yang masih 'sarat' dengan wang kertas...

Anggota ISIS Disindir Miliki...

Ini mungkin bukan reaksi yang diharapkan oleh seorang anggota kumpulan militan ISIS daripada...

Tiga Terbunuh 2 Bas...

KNOXVILLE (Tennessee) - Dua bas sekolah bertembung di Lebuhraya Tennessee petang semalam, mengakibatkan...

Projek LCS Perlu Diteruskan, Projek Penting Untuk Malaysia – ISIS

KUALA LUMPUR : Projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS) perlu diteruskan kerana produk itu sendiri penting kepada Malaysia.

Ketua Eksekutif ISIS Malaysia, Herizal Hazri berkata, sekiranya projek itu dihentikan, Malaysia akan terlepas satu peluang dalam bidang yang amat penting apatah lagi dengan status negara sebagai negara maritim.

Tambahnya, negara telah meletakkan banyak masa dan tenaga dalam projek tersebut dan sepatutnya pada masa kini, tumpuan perlu diberikan terhadap usaha untuk bergerak lebih jauh ke hadapan.

“Terlalu banyak sebab kenapa ia perlu diteruskan. LCS, produk itu adalah penting buat kita.

“Bila bercakap berhubung industri pertahanan, ramai cuba mempersoalkan dan memahami sama ada kita boleh berdiri sendiri dan tidak bergantung kepada negara lain kerana pertahanan itu adalah aset strategik untuk negara.

“Tapi pada saya, pemikiran lebih tepat adalah bagaimana kita meletakkan diri kita supaya kita menjadi satu negara strategik dan lebih penting kepada negara lain. Bukannya kita mahu hidup bersendirian,” katanya kepada Astro AWANI.

Tambahnya, projek LCS juga adalah peluang Malaysia meningkatkan kepakaran, bukan untuk menghasilkan produk sahaja tapi juga untuk Repair, Maintenance & Overhaul (RMO).


“Jadi apabila kita ada kepakaran sebegitu, nilai kita di masyarakat antarabangsa, kedudukan itu lebih strategik.

“Pemikirannya bukanlah untuk kita menghasilkan sesuatu supaya tidak bergantung kepada negara lain tapi pemikirannya harus bagaimana kita tingkatkan kepakaran supaya negara lain bergantung kepada kita,” ujarnya.

Astro AWANI sebelum ini melaporkan Kementerian Pertahanan menjangkakan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memperoleh kapal tempur pesisir pantai (LCS) yang pertama pada 2025, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Hishammuddin berkata beliau mengambil pendekatan inklusif untuk melibatkan semua pihak berkepentingan seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead Holdings Bhd untuk menyelesaikan masalah dalam perolehan kapal LCS tersebut.

Beliau berkata inisiatif penyelesaian itu menggariskan dua komponen utama iaitu penstrukturan semula korporat dan pengumpulan dana yang turut melibatkan perbincangan dengan Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori