Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hadi Awang Masuk Hospital...

BUNYI cerita macam serius.Namun setakat ini tidak tahu apa sakit yang dialami oleh...

Mahathir Serah Watikah Pelantikan...

PUTRAJAYA - Tun Dr. Mahathir Mohamad, hari ini menerima kunjungan hormat daripada Ketua...

5 Ladang Ternakan Di...

VANCOUVER, British Columbia – Sebanyak tujuh negara menguatkuasakan sekatan ke atas ternakan ayam...

Afidavit Mahkamah Rayuan Tak...

SHAH ALAM - Afidavit saksi sewaktu inkues Muhammad Adib Mohd Kassim yang digunakan...

Mia Ahmad Tak Setuju Uqasha Buka Tudung

WALAUPUN berkawan baik dengan Uqasha Senrose, pelakon Mia Ahmad memberitahu bahawa dia tetap merasakan tindakan kawan baiknya itu membuka tudung adalah salah.

Menurut Mia, ketika mendapat tahu tentang perkara itu, dia segera menghubungi Uqasha kerana tidak menyokong tindakan tersebut.

“Selepas isu buka tudung, saya terus menghubungi Uqasha. Saya tidak setuju dengan apa yang dia buat. Tetapi sebagai kawan, saya mahu dia kuat.

“Dia perlu kuat terutamanya apabila berdepan dengan komen peminat yang pedih. Kita semua manusia, dan pasti akan buat silap. Mana tahu dengan nasihat dia akan fikir mana yang terbaik.

“Saya, Fathia dan Elfira Loy sependapat mendoakan Uqasha agar dapat menempuhi hari-hari yang mendatang dengan lebih baik. Saya takut jika bercakap soal istiqamah.


“Saya tak mahu jawapan saya mengguris mana-mana pihak. Kita semua lemah, dan mudah terpengaruh,” katanya kepada Projek MMO.

Tambah Mia, dia tidak layan menghakimi Uqasha kerana dia juga masih di dalam proses memperbaiki dirinya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori