• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH370: Pesawat Terhempas Secara Menjunam

oleh Ahmad Albab
17/09/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY – Pasukan penyiasat Australia mengesahkan pesawat Malaysia Airline MH370 terhempas secara menjunam berdasarkan keputusan analisis terhadap serpihan sayap yang ditemukan di Tanzania.

Pengarah Program Operasi Pencarian MH370 Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Peter Foley berkata, berdasarkan analisis pada bulan lalu, pihaknya percaya serpihan sayap itu tidak berada pada kedudukannya ketika pesawat berkenaan terhempas.

Malah katanya, keputusan analisis tersebut mengenepikan teori yang mendakwa pesawat Boeing 777 berkenaan mendarat secara terkawal yang sepatutnya menyebabkan sayap kapal terbang itu berada dalam keadaan baik.

“Teori pesawat itu menjunam dengan laju juga menyokong maklumat satelit yang menunjukkan ketinggian MH370 turun secara mendadak.

“Dengan dua keputusan analisis tersebut, teori pesawat itu mendarat secara terkawal atau mengelongsor di atas permukaan laut wajar ditolak,” katanya kepada agensi berita Australian Associated Press (AAP).

Pada 15 September 2016, Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan serpihan yang ditemukan di Kepulauan Pemba dekat kawasan perairan Tanzania pada Jun lalu merupakan milik pesawat MH370.

Beliau turut mengesahkan sebanyak 22 objek yang mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 telah ditemukan setakat ini.

Pesawat yang membawa 239 penumpang itu hilang pada 8 Mac 2014 semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China sebelum disahkan terhempas di selatan Lautan Hindi. – mStar Online

Tags: MH370Tanzania
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd