• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MARA Digital Mall Bakal Dibuka Di Pulau Pinang

oleh Ahmad Albab
11/09/2016
dalam Gajet, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Pusat barangan teknologi maklumat (IT) usahawan Bumiputera, MARA Digital Mall bakal dibuka di Pulau Pinang, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata pengarah Mara negeri sedang mencari lokasi sesuai untuk tujuan itu sama ada di tanah besar atau di pulau atau di kedua-duanya.

“Sepertimana kita ketahui Pulau Pinang mempunyai potensi besar dari segi pasaran kerana ia adalah sebuah bandar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Tanjong di sini hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Tanjong Datuk Ahmad Ibni Hajar.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata pemilihan lokasi bagi MARA Digital Mall turut mengambil kira dari segi suasana bagi menarik lebih ramai orang untuk membeli barangan di pusat berkenaan.

“Kita perlu mengutamakan suasana, jangan cari tempat yang begitu terpencil. Sekiranya di tempat beli-belah ia akan hidup kerana ramai golongan muda yang menghidupkan suasana di kompleks beli-belah, jadi lokasi adalah intipati penting dalam pembukaan MARA Digital Mall,” katanya.

Katanya selain Pulau Pinang, kajian untuk penubuhan pusat itu turut dijalankan di Perak dan Kedah dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera dalam bidang berkenaan.

Sementara itu, Ismail Sabri yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata semua parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu bekerja kuat bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Beliau berkata parti komponen sebenarnya bergantung antara satu sama lain dan oleh itu perlu bekerja bersama-sama, berkongsi kuasa serta berkongsi kerja untuk mencapai kemenangan.

“Tujuan kita wujudkan komponen supaya kita dapat bersama-sama. Orang Melayu sumbang undi melalui UMNO, orang Cina (sumbang undi) melalui Gerakan dan MCA manakala Parti Progresif Penduduk (PPP) dan MIC menyumbang dari segi pengundi India.

“Jika semua parti mewakili kaum ini boleh menyumbang berdasarkan kaum masing-masing, Insya-Allah kita (BN) akan menang, semua kerusi pun kita akan menang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ismail Sabri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Rempuh Pelajar Dalam Video Viral Ditahan

Next Post

Dua Wanita Malaysia Sertai Misi Belayar Ke Gaza

Related Posts

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

‘Ismail Sabri Dipanggil SPRM Lagi Jika Gagal Kemuka Dokumen Isytihar Harta’ – Azam Baki

‘Ismail Sabri Dipanggil SPRM Lagi Jika Gagal Kemuka Dokumen Isytihar Harta’ – Azam Baki

10/04/2025
3

Kota Kinabalu: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, akan dipanggil semula memberi keterangan semula kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Next Post

Dua Wanita Malaysia Sertai Misi Belayar Ke Gaza

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd