Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

Polis Kesan Dua Saksi...

SHAH ALAM - Polis sedang mengesan dua wanita warga Indonesia, yang diperlukan untuk...

RM10j Senggara Bangunan Kediaman...

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan...

KD Pahang Hanya Mampu...

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memaklumkan daripada tiga mayat yang ditemui semalam, kapal...

Calon SJK Cina Dan...

KUALA LUMPUR - Seramai 98,462 calon dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan...

Dua Wanita Malaysia Sertai Misi Belayar Ke Gaza

KUALA LUMPUR – Dua warga Malaysia antara 20 wanita menyertai misi ‘Women’s Boat to Gaza’ (WBG) yang akan memulakan pelayaran pada 14 September ini.

Presiden Pertubuhan IKRAM Maysia (IKRAM), Dr. Mohd. Parid Sheikh Ahmad berkata, IKRAM menyokong penuh misi yang disertai anggota IKRAM tersebut.

“Mereka akan memulakan pelayaran pada 14 September dari Barcelona menuju ke Gaza. Misi ini disertai dua srikandi dari Malaysia bersama lebih 20 wanita dari pelbagai negara dan agama.

“Mereka dijangka mendarat di pantai Gaza pada 1 Oktober 2016. Antara objektif perlayaran ini adalah untuk memperingatkan kepada dunia bahawa hak-hak rakyat Palestin haruslah dikembalikan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Parid berkata, dua wanita Malaysia itu adalah anggota IKRAM iaitu Dr. Fauziah Mohd. Hasan dan Norsham Abu Bakar.

Menurutnya, kedua-dua mereka pernah menyertai pelbagai misi kemanusiaan seperti Kosovo, Maluku, Afghanistan, Acheh, Pakistan dan Gaza sebelum ini.


Kata beliau, dalam tradisi jihad di lautan, seorang wanita yang bergelar Ummu Haram binti Milhan RA pernah didoakan Rasulullah SAW untuk turut serta menaiki sebuah kapal dan beliau syahid di Pulau Cyprus pada zaman Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

“IKRAM dengan ini menyokong penuh penglibatan Fauziah dan Norsham dalam misi ini dan menyeru seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar misi ini mencapai kejayaan,” katanya. - MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • Gaza

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori