Saturday, December 7, 2024

Creating liberating content

Wanita Masuk Mesin X-Ray...

CHINA - Seorang wanita bertindak masuk ke dalam mesin pengimbas X-ray di sebuah...

Hampir 150 Doktor Pakar...

KUALA LUMPUR - Hampir 150 doktor pakar yang bekerja dengan Kementerian Kesihatan Malaysia...

Video ‘British Accent’ Kena...

BARU sahaja selesai majlis pertunangannya bersama dengan pilihan hati pada awal bulan lalu,...

Muhyiddin Mula Tugas Sebagai...

PUTRAJAYA - Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan tugas sebagai Perdana Menteri kelapan hari...

Malaysia Akan Bendung Isu Pelarian Syria Menerusi OIC

BERLIN (Germany) – Malaysia bersetuju untuk membantu menangani masalah pelarian Syria, yang kini membelenggui Eropah terutamanya Jerman, menerusi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Masalah pelarian itu adalah antara isu yang dibincangkan pada mesyuarat dua hala di antara Canselor Jerman Angela Merkel dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mengadakan lawatan sulungnya ke negara ini sejak menyandang jawatan itu pada 2009.

“Kami menyentuh masalah pelarian itu secara umum dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada Canselor Angela Merket kerana melaksanakan dasar yang berkaitan dalam membantu isu migran, yang sepatutnya tidak menjadi isu yang membebankan negara-negara lain.

“Menyelesaikan masalah Syria secara rundingan merupakan perkara utama bagi keseluruhan isu itu dan Malaysia akan memainkan peranannya (walaupun) kami bukanlah kuasa besar tetapi semestinya, dalam konteks OIC, kami akan menghulurkan apa sahaja yang boleh untuk membantu menyelesaikan masalah itu,” katanya pada sidang berita bersama Merkel di Berlin pada Selasa.

Najib berpendapat masalah itu haruslah ditangani di peringkat puncanya.

Malaysia telah menawarkan bantuan untuk mengambil kira-kira 3,000 pelarian Syria sepanjang tempoh dua tahun akan datang.

Sementara itu, Merkel berkata beliau dan Najib turut membincangkan tentang memerangi keganasan antarabangsa di mana Berlin dan Putrajaya sependapat berhubung usaha ke arah matlamat itu.


“Kami sependapat dalam menyatakan tentang beberapa cabaran bersama yang perlu kami hadapi berhubung isu-isu keselamatan seperti memerangi keganasan antarabangsa dan keselamatan dalam negara,” katanya.

Najib berkata beliau juga menerangkan kepada Merkel mengenai cara Malaysia mengendalikan rakyatnya yang pelbagai kaum dan agama.

“Saya ingin memberi jaminan bahawa kami akan terus menjadi negara yang sederhana dan progresif serta berlaku adil kepada semua kaum di Malaysia,” kata beliau.

Antara isu lain yang dibincangkan Najib dan Merkel adalah tentang pekerja tanpa izin, memerangi rasuah dan meneruskan Perjanjian Perdagangan Bebas Kesatuan Eropah-Malaysia serta perkembangan di Laut China Selatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori