• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Malaysia Bebas Daripada Mana-Mana Pengaruh

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANAH MERAH – Mahkamah di Malaysia adalah bebas daripada pengaruh mana-mana pihak dan keputusan mahkamah memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah telus, kata Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya beliau hairan apabila ada segelintir bekas pimpinan kerajaan yang mahu menuntut pembebasan Anwar sedangkan mereka sebelum ini begitu tegas mempertahankan keputusan mahkamah terhadap bekas ketua pembangkang itu.

“Saya hairan dengan sikap Tan Sri Muhyiddin Yassin (bekas timbalan perdana menteri) kerana sejak daripada dulu sewaktu berada dalam kerajaan, kita semua bersetuju bahawa keputusan terhadap Anwar adalah dibuat oleh mahkamah.

“Kita semua pun mengatakan mahkamah di Malaysia adalah sebuah badan yang bebas tanpa campur tangan kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ketua UMNO bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Muhyiddin, yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), sebelum ini dilaporkan sebagai berkata parti itu sudi bekerjasama dengan parti pembangkang lain untuk membebaskan Anwar dan akan mendesak pembebasan itu kerana ia merupakan permintaan orang ramai.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata Anwar telah melalui proses perundangan yang telus bermula daripada dipanggil memberi keterangan di mahkamah sehingga rayuan dibuat sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadapnya. Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Dr. Haron Din yang meninggal dunia hari ini di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

“Pemergian Allahyarham kita boleh sifatkan sebagai kehilangan seorang tokoh agama dalam negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Anwar Ibrahimmahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mendakwa sebanyak 43 surat telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd