• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LRT Percuma Laluan Kelana Jaya 3 Hari Lepas Aidiladha

oleh AK-47
10/09/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rapid Rail Sdn. Bhd. akan memberi perkhidmatan percuma selama tiga hari kepada pengguna Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya bermula 13 sehingga 15 September berikutan gangguan perkhidmatan yang berlaku pada Rabu dan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Azmi Abdul Aziz berkata perkhidmatan percuma itu bagi perjalanan dari stesen Gombak-Putra Heights-Gombak meliputi 37 stesen.

“Bagi pihak Rapid Rail, kami ingin mohon maaf di atas kesulitan ini. Jadi, ini (tambang percuma) adalah satu daripada cara kami menghargai kesetiaan pengguna,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Azmi berkata pihaknya masih menyiasat punca kejadian itu dan akan mengatasinya secepat mungkin bagi menjamin keselesaan pengguna.

“Gangguan pagi tadi (Jumaat) adalah kesinambungan gangguan pada Rabu namun, puncanya berbeza,” jelas beliau.

LRT laluan Kelana Jaya mengalami gangguan perkhidmatan pada pagi Rabu dan kejadian sama berlaku pagi ini sehingga menyebabkan ramai pengguna kesal dan marah kerana terkandas semasa ke tempat kerja.

Mengulas insiden pengguna LRT perlu berjalan sejauh 60 meter di atas landasan LRT berhampiran stesen Datuk Keramat sehingga Stesen Damai, Azmi berkata tindakan itu perlu bagi menjamin keselamatan pengguna.

“Ini bukan kali pertama kejadian ini berlaku. Apabila tren hilang punca kuasa elektrik, akan berlaku masalah pengudaraan.

“Justeru itu, kita terpaksa menggunakan laluan di atas tren, yang merupakan laluan keselamatan yang direka bentuk sebagai persediaan bagi kejadian seperti ini,” katanya.

Menurutnya empat pegawai ditugaskan untuk membantu mengeluarkan penumpang daripada tren ketika kejadian itu berlaku.

Azmi berkata Rapid Rail Sdn. Bhd. juga akan mengemukakan laporan gangguan perkhidmatan itu kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), yang dijangka esok. – BERNAMA

Tags: LRTpercumaRapid KL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Lagi Caj RM1, Pengeluaran ATM Antara Bank Percuma Mulai Julai

Tiada Lagi Caj RM1, Pengeluaran ATM Antara Bank Percuma Mulai Julai

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Semua bank di Malaysia akan memansuhkan caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank menerusi Mesin Juruwang Automatik...

APAD Teliti Unsur Kecuaian Dalam Insiden Tren Tergelincir

APAD Teliti Unsur Kecuaian Dalam Insiden Tren Tergelincir

29/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menegaskan tindakan penguatkuasaan boleh diambil di bawah Seksyen 101 Akta Pengangkutan Awam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd