• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Letupan Bom: Mahkamah Tetapkan 11 Okt Sebutan Kes

oleh Ahmad Albab
21/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 11 Oktober untuk sebutan semula kes dua lelaki yang didakwa membaling, meletupkan dan memiliki bom tangan sehingga menyebabkan lapan cedera di pusat hiburan, Puchong, Jun lalu.

Hakim Azwarnida Affandi menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P. Kunyalam memohon satu tarikh baharu berikutan tertuduh pertama iaitu Imam Wahyudin Karjono, 20, yang ditahan di Penjara Kajang tidak hadir ke mahkamah atas sebab-sebab tertentu.

Hari ini mahkamah dijadualkan untuk mendengar laporan sosial Imam Wahyudin, seorang penganggur dan menjatuh hukuman bagi kedua-dua tertuduh.

Pada 25 Julai lepas, Imam Wahyudin dan Jonius Ondie @ Jahali, 24, seorang operator kilang mengaku bersalah atas lapan pertuduhan membaling dan meletupkan bom tangan yang menggunakan fius lever jenis ‘Fuze M213’ dan telah menyebabkan kecederaan terhadap lapan mangsa.

Mereka didakwa dengan pengetahuan bahawa perbuatan itu akan menyebabkan kematian ke atas mangsa atas cubaan membunuh orang dan perbuatan itu telah menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di pusat hiburan Movida Boulevard Sdn. Bhd., Lot G2 & G3, Tingkat Bawah, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, Puchong, pada 2 pagi, 28 Jun lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun, jika sabit kesalahan.

Imam Wahyudin dan Jonius turut mengaku bersalah bagi pertuduhan memiliki bahan letupan iaitu sebutir bom tangan yang menggunakan fius lever jenis ‘Fuze M213’ secara menyalahi undang-undang di tempat, masa dan tarikh sama.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan sehingga enam kali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin kerana mereka menghadapi satu kes di bawah Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Peguam Fareida Mohd dan Mohd Wong Kar Fai mewakili Imam Wahyudin manakala Jonius diwakili peguam Aaron Mark Pius dan Joan Sia. Jonius kemudian dibawa ke Penjara Sungai Buloh. – BERNAMA

Tags: letupan bom
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wajah Mirip Isteri, Pelancong China Bunuh Wanita Korea

Next Post

Kisah Uncle David Dan Keperihatinan Netizen

Related Posts

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

07/05/2024
0

Kota Bharu : Dua rakyat Malaysia antara lapan individu cedera dalam kejadian bom motosikal di Jalan Phu Pha Phakdi, Daerah...

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Letupan Bom Di India

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Letupan Bom Di India

02/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia terbabit insiden letupan bom yang mencederakan lapan orang di sebuah kafe di hab teknologi di...

Next Post

Kisah Uncle David Dan Keperihatinan Netizen

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd