Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

N.Sembilan Tetap Kadar Zakat...

SEREMBAN - Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) menetapkan kadar zakat fitrah bagi negeri...

Tiada Penglibatan China Isu...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menafikan penglibatan China dalam pertikaian pembayaran...

Diplomat Muda Perlu Manfaatkan...

KUALA LUMPUR - Diplomat muda perlu memanfaatkan pengalaman berbilang kaum dan budaya di...

“Keabsahahan Saya Sebagai PM...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari menegaskan bahawa keabsahahan...

‘Lebih Baik Jadi Jaguh Kampung, Menang 88 Kerusi’

AHLI Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, adalah lebih baik bagi UMNO menjadi jaguh kampung berbanding menjadi seperti MCA, yang mempunyai bilangan kerusi sedikit di parlimen.

Tambah Nazri, kejayaan MCA memenangi tujuh kerusi di parlimen pada pilihan raya lalu adalah undi penyokong jaguh kampung UMNO dan beliau mencadangkan agar parti itu meninggalkan BN untuk membuktikan mereka mampu menang tanpa bantuan daripada parti Melayu tersebut.

“Saya nasihatkan, jika MCA kuat sangat, keluar dari BN dan bertanding sendiri. Jangan cakap besar. Bila kerusi Cina banyak, baru kita jumpa balik. Kalau tidak, jangan cakap banyak, duduk diam sahaja,” kata Nazri.

Kenyataan tersebut dikeluarkan Nazri susulan desakan Ahli Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Seri Ti Lian Ker yang meminta UMNO agar tidak menggunakan taktik menakut-nakutkan bangsa lain semata-mata mahu memenangi hati pengundi Melayu.

Menurut Ti, taktik tersebut menghakis sokongan pengundi luar bandar di kawasan yang mempunyai penduduk majoriti Melayu dengan mengorbankan rakan-rakan gabungan BN yang lain.

“Cakap pada Ti, dia dapat tujuh itu pun sebab banyak bergantung pada penyokong jaguh Melayu UMNO ni. Yang sokong dia semua jaguh kampung.

“Lebih baik sekiranya kita jadi jaguh kampung dan menang 88 kerusi parlimen. MCA jangankan jaguh kampug, jaguh bandar pun tidak kerana Cina sendiri tak sokong dia,” tambahnya.


Nazri juga berkata Ti tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana beliau hanya mewakili parti kecil dan menurutnya, UMNO bukan sahaja menang di kawasan luar bandar, tetapi juga kerusi di bandar seperti Johor Bahru, Titiwangsa dan Setiawangsa.

Ti baru-baru ini menggesa UMNO mengubah strategi dan mengutamakan survival kesemua parti di dalam BN, bukan hanya tertumpu pada parti itu sendiri.

“Jika BN sekadar menjadi jaguh kampung dan asyik kalah di kawasan bandar, ia menunjukkan bahawa BN telah gagal untuk bergerak selari dan gagal selaraskan parti dengan perubahan sikap orang Melayu, Cina, India dan sebagainya di kawasan kosmopolitan.

“Kegagalan ini adalah kegagalan BN, bukan salah parti komponen yang dipilih untuk bertanding di bawah tiket BN,”dakwa Ti. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori