• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Polis Negara Arah Jeff Ooi Serah Diri

oleh AK-47
19/09/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyarankan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menyerah diri berikutan kenyataan tidak sensitif berhubung kematian Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr Haron Din.

Beliau berkata, Ahli Parlimen DAP itu bakal berdepan ditahan polis sekiranya gagal menyerah diri dalam masa terdekat.

“Serah diri jika mahu menjadikannya perkara yang lebih mudah, jika tidak kita (polis) akan cari dia.

“Siasatan sedang dijalankan dan dia (Jeff Ooi) perlu bersedia menghadapi apa juga tindakan undang-undang,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan PDRM Bukit Aman, hari ini.

Menurutnya, Jeff Ooi akan disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana menyebut perkataan-perkataan dengan sengaja dengan niat melukakan
perasaan seseorang.

Baru-baru ini, Jeff Ooi memuat naik status ‘Adios Harun Din. Let there be peace’ di twitternya mengenai kematian Mursyidul Am Pas itu

Kenyataanya itu mencetuskan kemarahan umat Islam walaupun Jeff Ooi mempertahankan dirinya dan menjelaskan maksud ‘adios‘ dalam bahasa Sepanyol ialah ‘farewell’ dalam bahasa Inggeris atau dalam bahasa Malaysia ialah ‘selamat jalan’.

Sementara itu, tiga individu berusia 50 hingga 62 tahun ditahan susulan memuat naik komen yang menyinggung perasaan dan menghina agama Islam di Shah Alam dan Ipoh, Perak hari ini. -MYNEWSHUB.CC

Tags: Jeff Ooipolisstatus twitter
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd