• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Geng Rogol, Bunuh Pelajar Dihukum Mati

oleh Ahmad Albab
30/09/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Sebuah mahkamah Indonesia di Curup, menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang lelaki yang menjadi ketua kumpulan 14 lelaki merogol dan membunuh pelajar sekolah di Bengkulu pada 2 April lalu.

Zainal, 23, dihukum mati selepas didapati bersalah memukul mangsa dikenali sebagai Yuyun hingga mati selepas pelajar itu dirogol bergilir-gilir oleh semua 14 tertuduh termasuk lapan remaja bawah umur.

“Kerana jenayah ini terlalu kejam, mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap Zainal,” kata hakim, Henny Faridha, hari ini.

Empat lagi lelaki dihukum penjara 20 tahun kerana merogol mangsa yang berusia 14 tahun berkenaan, tujuh lagi sebelum ini dihukum penjara 10 tahun manakala seorang remaja berusia 13 tahun diarah menjalani program pemulihan selama setahun.

Seorang lagi suspek masih diburu polis.

Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari sekolah apabila dia dirogol kumpulan lelaki berkenaan yang mabuk. Mayat mangsa ditemui dalam keadaan bogel dalam parit besar di sebuah kebun getah dua hari kemudian.

Kes itu mengejutkan Indonesia hingga menyebabkan Presiden Joko Widodo meluluskan undang-undang membenarkan hukuman berat terhadap perogol kanak-kanak, termasuk hukuman mati dan dikembiri secara kimia. – Reuters/myMetro Online

Tags: Indonesiakes rogol
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd