• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Rasuah Lim Guan Eng: 6 Disember Pengurusan Kes

oleh Ahmad Albab
01/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 6 Disember bagi pengurusan kes lanjutan kes rasuah melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pendakwaan menyiapkan dokumennya yang dalam jumlah banyak dan menyerahkan kepada pasukan pembelaan dan mahkamah.

Hadhariah berkata beliau tidak mahu kes itu tertangguh.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd. Daud dan Mohd. Dusuki Mokhtar. Lim diwakili peguam Gobind Singh Deo manakala peguam Hisyam Teh Poh Teik mewakili Phang.

Pada 30 Jun lepas, Lim mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Bagi pertuduhan pertama, Lim didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang, telah menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya dan isterinya Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada syarikat Magnificient Emblem Sdn. Bhd.

Lim, 56, didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar di George Town pada 18 Julai, 2014.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Lim didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada Phang dengan harga RM2.8 juta.

Nilaian semasa hartanah itu adalah sebanyak RM4.27 juta dengan Lim mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan tugas-tugas rasminya.

Lim didakwa melakukan kesalahan itu di No 25 Jalan Pinhorn, George Town, pada 28 Julai 2015, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bekas pemilik banglo itu, Phang turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat bagi mendapatkan untuk diri Lim lot tanah dan rumah itu di tempat dan pada tarikh sama.

Phang, 44, didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 165 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: Lim Guan Engrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd