Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Seorang peniaga lelaki didenda RM1,600 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menjalankan perniagaan rumah urut tanpa lesen.

Majistret Mahyudin Mohamad Som menjatuhkan hukuman itu terhadap Voon Loy Huat, 59, selepas dia mengaku bersalah menjalankan perniagaan rumah urut tanpa lesen di Kiew Kiew Massage, No 60A, Jalan Sultan Ismail, Dang Wangi pada 11.30 malam, 21 Julai lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 3 Akta Undang-Undang Kecil Establishmen Kecantikan dan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2003 dan dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara yang boleh sampai setahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Farah Adilah Noordin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Voon yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan atas alasan dia merupakan penanggung utama keluarga dan mempunyai empat orang anak. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Pemansuhan UPSR, PT3 Jadikan PBS Lebih Berkesan

KUALA LUMPUR : Pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)...

Jumpa Bom Lama Di Tapak Projek ECRL

KUANTAN - Sebutir bom lama dipercayai jenis Trench Mortar HE 2inc yang ditemui di...

Harga Siling Runcit Minyak Masak Botol Ditetapkan Selama Sebulan

PETALING JAYA – Harga siling minyak masak tulen kemasan botol bermula 1 kilogram (kg)...

Pahang Rekod RM31.4 Juta Kerugian Kes Penipuan

Kuantan : Kerugian dilapor mangsa kes jenayah komersial di Pahang bagi 1 Januari hingga...

Jawi Sudah Mula Siasat Gerakan Hadi Minnallah

PUTRAJAYA : Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sudah mengambil tindakan termasuk segera menyiasat...

Malaysia Akan Terima Kapal Tempur LCS Dua Tahun Lagi – Hishammuddin

Kerajaan akan melaporkan jadual dan perkembangan projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) secara berperingkat.Ikuti...

Mahkamah Tolak Permohonan Zahid Dapatkan Injunksi Terhadap Muhyiddin

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid...