Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Wabak TB Di Seremban...

SEREMBAN - Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan hari ini menafikan berleluasanya penyakit tuberculosis (TB)...

Air Pasang Besar Landa...

ALOR SETAR: Fenomena air pasang besar melanda Kuala Kedah hari ini mengakibatkan beberapa...

Farah Asyikin Bakal Nikah...

WALAUPUN pernah gagal dalam dua perkahwinan terdahulu, itu bukan penghalang buat bekas penyanyi Farah...

Isu FIC Beli Hotel:...

PUTRAJAYA - Bekas pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad ditahan ketika...

Keluarga Pilu Rumah Musnah Terbakar Di Pagi Raya

PADANG BESAR – Kegembiraan sebuah keluarga menyambut Hari Raya Aidiladha bertukar pilu apabila rumah mereka musnah dijilat api di Kampung Bukit Cabang di sini, pagi tadi.

Kejadian pada 8.20 pagi itu, memusnahkan sepenuhnya rumah Zacharia Bahari, 56, dan isterinya Salmah Salma Ab Rahman, 53.

Salmah berkata ketika kejadian, beliau bersama suaminya baru selesai menunaikan solat sunat Aidiladha dan sedang mendengar khutbah di Masjid Bukit Cabang, manakala anak perempuannya berada di rumah.

“Tiba-tiba dari luar masjid, saya terdengar jiran saya menjerit ada kebakaran. Saya fikir orang sedang bakar sampah tetapi jiran datang dan beritahu rumah saya terbakar,” katanya ketika ditemui Bernama di Kampung Bukit Cabang.

Salmah berkata dia dan suaminya bergegas pulang ke rumah, namun sebaik tiba, kediaman mereka sudah hampir separuh dijilat api.

“Anak perempuan saya yang ketika itu berada di luar rumah, berkata dia terdengar bunyi letupan dan menyangka guruh.

“Namun apabila dia memeriksa di dalam rumah, baru dia perasan barang dalam rumah termasuk lauk rendang yang sudah siap dimasak rentung,” kata Salmah.


Anaknya, Sharizal Zacharia, 35, berkata dia juga gagal menyelamatkan dua motosikal yang diletakkan berhampiran rumah kerana api begitu marak.

“Saya cuba masuk untuk ambil barangan termasuk wang tunai RM600 tetapi api terlalu marak dan bahang haba terlalu panas. Peti sejuk, telefon bimbit, televisyen dan dua motosikal jenis Yamaha dan Honda Wave turut musnah,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.26 pagi, dan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Padang Besar tiba di kawasan berkenaan 10 minit kemudian.

“Api begitu marak sehingga memusnahkan rumah berkenaan. Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada 9.26 pagi. Punca dan jumlah kerugian masih disiasat,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori