• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejam… Lelaki Diikat Dan Diperlakukan Seperti Anjing

oleh AK-47
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEBERAPA keping gambar tersebar menerusi media sosial China memaparkan tindakan sadis oleh seorang wanita yang memperlakukan teman lelakinya seperti anjing.

Menerusi gambar yang dimuat naik itu, seorang wanita memakai baju paras paha warna biru dilihat mengikat dan menarik teman lelakinya seperti haiwan peliharaannya.

Apatah lagi, lelaki yang lengkap berpakaian itu disuruh merangkak menggunakan kedua-dua belah tangan dan kakinya di khalayak ramai.

Menurut sebuah laman antarabangsa, difahamkan kejadian itu berlaku di Fuzhou, wilayah Fujian pada 9 September lalu.

Kejam... Lelaki Diikat Dan Diperlakukan Seperti Anjing

Kejam... Lelaki Diikat Dan Diperlakukan Seperti Anjing

Menurut seorang saksi yang dikenali sebagai Lian, tindakan tidak bermaruah wanita itu menjatuhkan air muka pasangannya selain menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan kerana ramai yang berhenti untuk melihat kejadian itu.

Pihak polis terpaksa dihubungi untuk menangani kesesakan yang berlaku.

Pun begitu, wanita berkenaan berjaya dipujuk untuk melepaskan mangsa daripada terus diperlakukan sedemikian rupa.

Foto -foto yang tersebar di laman Weibo dengan tajuk ‘Kejadian sekitar Fuzhou’ itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen tempatan.

Salah seorang daripada netizen menulis: “Bayangkan, bagaimana perasaan ibu bapa mereka yang melihat kejadian ini.”

Manakala seorang lagi berkata: “Di mana maruah seorang lelaki?”.

Walau bagaimanapun, laman itu tidak memberitahu kenapa wanita berkenaan bertindak sedemikian ke atas teman lelakinya. -MYNEWSHUB.CC

Tags: anjingChina
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - "Alhamdulillah, lawatan kerja saya ke Shanghai dan Hangzhou telah membuahkan hasil yang bermakna, terutamanya dalam memanfaatkan potensi...

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

23/09/2026
0

HANGZHOU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) selepas pertama kali menaiki HSR...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd