• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kegemilangan Petronas Baik Untuk Sarawak, Negara

oleh AK-47
16/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BINTULU – Petronas boleh memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan Sarawak dan negara jika ia mencapai kejayaan lebih gemilang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata beliau mahu Petronas lebih berjaya kerana ia ibarat ‘angsa yang menetaskan telur emas’ untuk negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap kepada kakitangan Petronas Sarawak di Pusat Sivik di sini sempena sambutan Hari Malaysia 2016 peringkat Kebangsaan.

Turut hadir Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin serta lebih 1,000 kakitangan Petronas.

Najib berkata Petronas adalah sebuah syarikat besar yang memberi impak tinggi kepada negara ini.

Najib berkata selepas penubuhannya pada 1974, Petronas melakar pencapaian yang gemilang bukan sahaja dalam negara tetapi di seluruh dunia.

“Daripada hanya sebuah syarikat minyak negara, ia berubah menjadi syarikat multinasional dan mungkin satu-satunya yang dapat melaksanakan peralihan di seluruh dunia.

“Syarikat ini sekarang bertapak di kira-kira 30 negara yang berbeza di seluruh dunia, dengan membantu membangunkan kemudahan dan bakat,” kata beliau.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata Petronas kini menjadi kebanggaan dan kesayangan negara selain ikon negara.

“Sekarang, kita perlu jaga Petronas. Sebagai Perdana Menteri, saya mahu ini berlaku untuk membolehkannya terus mencapai kegemilangan,” kata beliau.

Najib berkata senario minyak dunia masa kini menyebabkan Petronas menghadapi situasi yang sukar dan mencabar.

Tetapi beliau yakin ia dapat diatasi bila rakyat bersatu.

“Kita harus mempunyai semangat kekeluargaan yang perlu kita bina. Memang akan ada perbezaan pendapat tetapi kita boleh duduk bersama untuk menyelesaikannya secara baik.

“Kemudian, barulah kita boleh berada dalam kedudukan lebih kukuh,” katanya sambil memberitahu bahawa itu yang dilakukan oleh kerajaan negeri Sarawak dan kerajaan Persekutuan baru-baru ini.

“Kita tidak akan terlalu berfikiran sempit kerana jika kita terlalu menumpukan perhatian kepada isu ini, kita akan terlepas pandang kejayaan Petronas melakar kegemilangan di peringkat global dan bukan sekadar di negara,” kata beliau.

“Kita harus bersatu padu. Kita boleh bersatu jika kita mengambil kira kepentingan Sarawak, negara dan Petronas sendiri.

“Kita boleh mengharmonikannya untuk faedah bersama,” kata perdana menteri. Najib juga berkata Petronas akan terus memberi peluang kepada anak Sarawak menyandang jawatan tinggi dalam syarikat itu berdasarkan merit.

“Malah, kita mahu anak Sarawak yang berkhidmat dengan Petronas di Kuala Lumpur dan di luar negara menempa kejayaan.

“Apabila mereka berjaya, Petronas juga akan berjaya, dan apabila ia berjaya, negara akan mendapat manfaat. Kerajaan akan mengembalikan kepada rakyat apa jua yang ia dapat bagi tujuan pembangunan,” katanya.

“Jika anda mempunyai keupayaan, anda harus dinaikkan pangkat ke jawatan lebih tinggi,” kata beliau.

Baru-baru ini, Petronas menghadapi beberapa masalah kakitangan di Sarawak apabila beberapa kakitangan dinafikan permit kerja namun perkara itu dapat diselesaikan secara baik.

Sementara itu, Najib mengulangi komitmennya untuk membantu Sarawak membangun dan setaraf dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

“Saya komited untuk melihat lebih banyak pembangunan untuk Sarawak. Anda tidak perlu bimbang mengenai masa depan anda,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: petronassarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas memaklumkan bahawa bekalan bahan api di semua stesen minyaknya di seluruh negara mencukupi sehingga hujung Jun...

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menasihati orang ramai agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang mungkin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd