• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Warta Larangan Empat Penerbitan Memudaratkan

oleh Ahmad Albab
09/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengingatkan semua pihak kerajaan telah mengenakan perintah larangan ke atas empat penerbitan bertajuk pada 14 Jun lalu.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, penerbitan itu ialah Pergolakan Pemikiran Islam: Catatan Harian Ahmad Wahib, Malaysia And The Club Of Doom: The Collapse Of The Islamic Countries, Torture In Malaysia Prisons: Who You Didn’t Know And Need To Know To Act dan The Koran: A Very Short Introduction.

“Warta perintah larangan ini adalah mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

“Perintah ini menetapkan pencetakan, pengimportan,penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan ini adalah dilarang secara mutlak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Alwi berkata, keempat-empat penerbitan itu dikenakan perintah larangan kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, mungkin menggemparkan fikiran orang ramai, mungkin memudaratkan kepentingan awam, mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang atau mungkin memudaratkan kepentingan negara.

Jelasnya, tiga daripada empat penerbitan tersebut didapati mengandungi unsur-unsur yang mengelirukan dan boleh menimbulkan salah faham mengenai pelaksanaan dan amalan agama Islam di negara ini atau bertentangan dengan ajaran dan akidah Islam yang sebenar mengikut mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Katanya, sebuah lagi penerbitan tersebut pula mengandungi fakta yang tidak benar dan boleh mengelirukan pandangan orang ramai terhadap institusi keselamatan dalam negara.

Sehubungan itu, katanya, mana-mana pihak yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliknya merupakan suatu kesalahan dan boleh dipenjarakan maksimum tiga tahun atau didenda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.

“Sekiranya masyarakat mendapati masih terdapat penerbitan yang mungkin melanggar undang-undang negara diedarkan di pasaran, aduan boleh dibuat kepada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN di talian telefon 03-88868047 atau faks 03-88891682 atau melalui Sistem Pengaduan Awam Bersepadu KDN di laman sesawang moha.spab.gov.my,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bukuKDN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemasukan Warga Asing Bawah Bidang Kuasa KDN – Tunku Mahkota Ismail

Kemasukan Warga Asing Bawah Bidang Kuasa KDN – Tunku Mahkota Ismail

18/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah sebarang perkara berkaitan kemasukan warga asing ke negara ini adalah...

Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan Telah Diaktifkan Semula

Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan Telah Diaktifkan Semula

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan telah diaktifkan semula oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 8 Mei...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd