• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaunseling Kepada Keluarga 3 Beranak Mangsa Bunuh

oleh Ahmad Albab
05/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia menawarkan khidmat kaunseling kepada anggota keluarga tiga beranak yang dibunuh di rumah mereka di Kampung Bertam Malim di sini pada 25 Ogos lepas.

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata usaha itu bagi memberikan sokongan dan dorongan kepada anggota keluarga berkenaan dalam usaha memulihkan kembali semangat mereka akibat insiden kejam itu.

“Walaupun keadaan mereka nampak stabil dan positif untuk meneruskan kehidupan seperti sediakala namun saya tahu itu bukan sesuatu yang mudah (oleh itu) khidmat kaunseling masih diperlukan.

“Saya percaya dengan usaha ini (kaunseling) anggota keluarga itu yang masih berada dalam keadaan terkejut dan perasaan bercampur baur (berhubung insiden itu) dapat diberikan sokongan dan kekuatan dalam meneruskan kehidupan mereka,” katanya kepada pemberita di Hospital Melaka hari ini.

Terdahulu beliau melawat dua anak mangsa yang cedera parah dalam insiden itu yang sedang dirawat di hospital tersebut iaitu Noor Haslinda Diyana, 26, dan Nuraqedah Aeina, 24. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Melaka Datuk Latipah Omar dan Timbalan Pengarah Perubatan II Dr Zarina Sahrom.

Pengerusi Tetap UMNO Tangga Batu Mariah Baharin, 60, dan suaminya Hassan A.Wahab, 70, serta anak lelaki mereka Mohammad Taufeq, 22, maut dalam kejadian itu.

Rohani juga berkata terdapat permintaan daripada kalangan anggota keluarga supaya dua beradik itu dipindahkan ke hospital di Kuala Lumpur bagi memudahkan sebarang urusan berikutan ramai di antara mereka berada di sana.

“Nenek (dua beradik) Siti Khatijah Mohamed, 79, (yang turut cedera dalam kejadian itu) kini ditempatkan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur memandangkan suaminya dahulu bekas tentera, jadi kita berharap dua beradik ini juga dapat ditukarkan (ke hospital di Kuala Lumpur),” katanya.

Sementara itu, Dr Zarina berkata dua beradik berkenaan berada dalam keadaan stabil namun Nuraqedah Aeina masih dirawat di Unit Rawatan Rapi.

“Kami sedang menyiapkan proses pertukaran dua beradik ini ke hospital di Kuala Lumpur dan sekiranya proses itu berjalan lancar berkemungkinan dalam masa terdekat ini mereka boleh dipindahkan.

“Kami berusaha untuk memastikan kehendak waris dapat dipenuhi,” katanya.- BERNAMA

Tags: Rohani Abdul Karim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Tak Ada Sentuh-Sentuh, Cintan-Cintun Dia Okay’

Next Post

Anggota TLDM Dari Negara Kes Zika Lalui Saringan Kesihatan

Related Posts

Tingkat Kemudahan Perumahan & Persekitaran

11/07/2017
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu meningkatkan keperluan perumahan dan persekitaran selesa bagi mencapai indeks kesejahteraan keluarga yang lebih baik, kata...

Warga Emas Mungkin Boleh Kerja Selepas Usia 60 Tahun

08/04/2017
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedia mengkaji mekanisme bagi membolehkan warga emas terus aktif dalam alam pekerjaan selepas menjangkaui umur 60...

Next Post

Anggota TLDM Dari Negara Kes Zika Lalui Saringan Kesihatan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd