• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota TLDM Dari Negara Kes Zika Lalui Saringan Kesihatan

oleh Ahmad Albab
05/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terlibat dengan tugasan atau operasi di negara yang mempunyai kes virus zika perlu menjalani saringan kesihatan terlebih dahulu sebelum dibenar balik ke rumah masing-masing.

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata ia merupakan langkah pencegahan bagi memastikan virus zika tidak menular dalam kalangan anggotanya serta dalam masyarakat.

Pasukan perubatan akan memeriksa setiap anggota terlibat sebaik sahaja kapal yang membawa mereka berlabuh di pelabuhan TLDM, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya menggunakan laman sosial seperti Facebook dan Twitter untuk menyebarkan dan memberi peringatan mengenai kesedaran dalam mencegah virus zika selain papan elektronik dalam pangkalan.

Setakat semalam, dua kes zika dilapor berlaku dalam negara dengan satu daripadanya membawa kepada kematian berpunca daripada jangkitan tempatan. – BERNAMA

Tags: Zika
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mangsa Zika Selamat Lahirkan Bayi Normal

12/02/2017
0

PUTRAJAYA - Seorang wanita mengandung dari Johor Bahru yang dijangkiti virus Zika telah selamat melahirkan bayi perempuan tanpa mikrosefali, kata...

Pesakit Virus Zika Pertama Di Malaysia Beransur Sihat

04/11/2016
0

SHAH ALAM - Wanita berusia 58 tahun dari Bandar Botanik, Klang, yang merupakan rakyat Malaysia pertama dijangkiti virus Zika pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd