• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Kelantan Buru 700 Syarikat Liat Bayar GST

oleh Ahmad Albab
04/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan sedang memburu 700 syarikat di negeri ini yang dikategorikan sebagai ‘liat’ membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Pengarah JKDM Kelantan, Mohd Nasir Yusoff berkata pihaknya melancarkan Operasi Strategi Lautan Biru Kastam (Ops CBOS) mulai Khamis lepas (1 Sept) hingga akhir Disember depan, bagi mengesan pemilik syarikat berkenaan.

“Hasil pemantauan yang dilakukan, kita dapati daripada 7,684 syarikat yang berdaftar, lebih kurang 1,000 sahaja syarikat yang aktif membayar cukai (GST),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops CBOS peringkat Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Mohd Nasir berkata sebagai permulaan, Ops CBOS yang dilaksanakan secara berperingkat itu, memfokuskan kepada 700 syarikat berkenaan yang terdiri daripada sektor perniagaan makanan, pembinaan, pembuatan dan peruncitan.

“Sebagai permulaan, kita mensasarkan 700 syarikat itu yang dipilih secara rawak dengan sasaran kutipan cukai sebanyak RM11 juta,” katanya.

Beliau berkata tujuan lain Ops CBOS itu ialah bagi memberi kesedaran kepada orang berdaftar (peniaga) akan keseriusan JKDM dalam menguatkuasakan undang-undang khususnya yang berkaitan dengan GST.

“Kita akan menggunakan segala kepakaran yang ada di mana verifikasi akan dilakukan dan sekiranya wujud kes, tindakan akan diambil termasuk tuntutan di mahkamah,” katanya.

Katanya pihak yang dikesan melakukan kesalahan akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 46(1) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 yang boleh membawa hukuman denda dan penjara. – BERNAMA

Tags: GSTKastam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd