BARU beberapa bulan operasi, kapal pesiaran terbesar dunia, Harmony of the Seas menerima berita duka apabila seorang anak kapal maut manakala, empat yang lain cedera selepas bot penyelamat yang mereka naiki terjatuh dari kapal itu.
Dalam kemalangan itu, kesemua mangsa dilaporkan sedang mengikuti latihan keselamatan ringkas sebelum bot penyelamat tiba-tiba terpisah dari dek lima lalu terhempas setinggi 10 meter ke dalam air.
Ketika itu, kapal pesiaran tersebut sedang berhenti di Marseille, Perancis.
Mangsa yang meninggal dunia disahkan warga Filipina berusia 42 tahun.
Sementara itu, dua anak kapal yang lain kini berada dalam keadaan kritikal.
Kapal pesiaran seberat 120,000 ton itu adalah milik The Royal Caribbean.
Ia yang dianggarkan lebih tinggi daripada pusat beli-belah 25 tingkat ini mula beroperasi sejak bulan Mei 2016.


Harmony of the Seas dapat membawa lebih 8,000 penumpang dan anak kapal.
Kapal dengan 16 lantai ini memiliki panjang 362 meter, lebih panjang 50 meter dibandingkan ketinggian Menara Eifel dan enam kali lebih panjang daripada padang bola. – MYNEWSHUB.CC

