Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Video: TMJ Sindir Makan...

TENGKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam menyiarkan sebuah video pendek...

Jurulatih Maghribi Akui Sukar...

MOSCOW - Jurulatih Maghribi, Herve Renard akui kesukaran yang perlu dihadapi pasukan itu...

Ahli Pas Bertelagah Isu...

KUALA LUMPUR - Ahli-ahli Pas terus bertelagah sesama sendiri berhubung status keputusan muktamar...

Bogel Di Usia 45,...

SUPERMODEL antarabangsa, Naomi Campbell telah menampilkan susuk tubuhnya yang menawan dan satu penggambaran...

Johor Komited Capai Sasaran Negeri Bebas Dadah 2018

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri yakin mampu mencapai sasaran ‘Johor Bebas Dadah 2018’ dan akan terus mempergiatkan usaha merealisasikan hasrat tersebut dengan menumpukan usaha kepada golongan belia.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ayub Rahmat berkata program yang dilancarkan pada pertengahan tahun lalu telah mendapat reaksi positif pelbagai pihak.

“Kami meletakkan sasaran ini sejak tahun 2015 dan sejak itu telah mempergiat usaha untuk mencapainya, dan satu daripada usaha berterusan itu adalah mewajibkan kakitangan kerajaan negeri menjalani ujian saringan air kencing,” kata Ayub.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Projek Meningkatkan Integriti (EIP) di Dewan Al-Hamra Majlis Perbandaran Pasir Gudang, malam tadi.

Menurut Ayub, memandangkan pencegahan perlu dimulakan di peringkat awal, pemeriksaan juga akan diperluaskan kepada golongan belia terutamanya golongan pelajar sekolah menengah dan pelajar institut pengajian tinggi (IPT).

Ayub berkata kerajaan negeri dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menjalankan pemeriksaan air kencing di dua peringkat pendidikan iaitu sekolah menengah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) bermula awal tahun ini sehingga bulan Ogos lalu.

“Kami telah melawat 31 IPT dan menjalankan ujian air kencing kepada 1,337 pelajar dan daripada jumlah tersebut, 33 orang didapati positif dadah.


“Bagi sekolah menengah pula, kami telah melawat 132 sekolah dan memeriksa 3,588 pelajar yang 84 daripada mereka didapati positif dadah.

Tambah beliau, pihaknya juga turut menjalankan pemeriksaan terhadap pekerja di pelabuhan, pemandu jalan raya dan pusat-pusat hiburan sekitar Johor Bahru melibatkan pemeriksaan ujian air kencing terhadap 2,384 individu.

Daripada jumlah tersebut, katanya 719 individu didapati positif dadah.

Program EIP yang bertemakan ‘Ada Integriti Tiada Dadah’ itu dihadiri lebih 200 kakitangan kerajaan, swasta dan pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori