• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Mudah Percaya Kandungan Media Sosial – Zahid

oleh Ahmad Albab
26/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Pelajar Malaysia di luar negara digesa supaya tidak mudah menerima segala perkara yang disiar tanpa bersandarkan kepada fakta terutama di media sosial, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau menarik perhatian bahawa antara isu yang sering dimainkan ialah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), harga minyak dan kehadiran warga Bangladesh di Malaysia.

“Masyarakat tidak harus percaya apa yang berlegar di media sosial sebagai ‘the gospel truth’ (satu kebenaran),” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama pelajar Malaysia di sini pada Sabtu sempena lawatan kerjanya ke New York.

Ia dihadiri kira-kira 65 pelajar universiti yang terletak di timur Amerika Syarikat.

Beliau seterusnya berkata tidak salah untuk mempunyai perbezaan pendapat, namun pendirian berlainan pihak lain harus turut dihormati.

Ahmad Zahid turut mengingatkan pelajar yang hadir bahawa nama baik dan imej negara terpikul di bahu mereka.

“Kalau kita lakukan sesuatu yang tak baik yang merosakkan imej negara, orang tak kata dia tu dari Pulau Pinang atau Gombak, misalnya, tapi dari Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mahu pelajar Malaysia di luar negara supaya bercampur dengan masyarakat sekeliling selain menjauhi perbuatan jenayah.

Ahmad Zahid berada di New York untuk mengetuai delegasi Malaysia pada Sesi ke-71 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu. – BERNAMA

Tags: media sosialZahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memulakan tindakan saman sebanyak RM5 juta terhadap beberapa pihak...

Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya, Ucap Terima Kasih Kepada Warga Merlimau

Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya, Ucap Terima Kasih Kepada Warga Merlimau

05/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran dimuat naik Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial malam ini mencetuskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd