• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasrat Melawat Tempat Ibadat Tak Kesampaian

oleh Ahmad Albab
12/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hasrat sekumpulan warga emas untuk melawat beberapa tempat ibadat di Rawang dan Serendah tidak kesampaian apabila bas persiaran dinaiki mereka terbabas dan terbalik di Km5.6 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi tadi, bas yang membawa 44 penumpang dalam perjalanan Ampang ke Puchong sebelum terbabas di lokasi kejadian, menyebabkan 37 daripada penumpang cedera.

Penumpang yang hanya mahu dikenali sebagai Florence Tan, 65, berkata mereka menaiki bas pada 7.15 pagi di Kelana Jaya, Petaling Jaya untuk lawatan sehari yang dikendalikan sebuah syarikat pelancongan termasuk melawat tempat ibadat di Rawang dan Serendah.

“Ini lawatan sehari, kami plan nak pergi bersiar-siar dan tengah hari plan nak pergi ke beberapa tempat ibadat di Rawang dan Serendah.

“Saya mengalami cedera ringan di bahagian leher, tapi ramai kawan-kawan dalam bas cedera, ada yang patah tangan, kaki dan pinggang,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di lokasi kejadian.

Katanya selepas bas terbalik, dia dan penumpang lain menyelamatkan diri dengan keluar melalui cermin depan dan belakang bas.

Tan yang berasal dari Kampung Chempaka, Petaling Jaya berkata dia yang kerap melancong di dalam dan luar negara tidak akan dapat melupakan insiden ngeri itu.

Ketika ditanya adakah bas dipandu secara bahaya, wanita itu berkata pemandu membawa bas dengan perlahan dan tidak laju, namun keadaan jalan raya yang basah dan licin antara sebab bas terbabas.

Sementara itu, pemandu bas K.Gopalan, 42, berkata dia tidak dapat mengawal kenderaan berikutan permukaan jalan raya yang licin.

“Sudah 24 tahun saya memandu bas persiaran, ini adalah kemalangan pertama dan saya sendiri tidak percaya bagaimana ia boleh berlaku,” katanya.

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati beberapa penumpang patah kaki, tangan dan pinggang dan digegaskan ke hospital untuk rawatan.

Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Shafie Daud berkata bas persiaran itu yang membawa warga emas tempatan berusia lingkungan 50 hingga 70 tahun, dipercayai gagal dikawal akibat jalan licin.

“Bas kemudian telah berpusing melawan arus sebelum terbalik ke sebelah kiri jalan. Tiada kenderaan lain terlibat. Pemandu dan pemandu pelancong tidak cedera, manakala 37 penumpang yang cedera dihantar ke  Hospital Kuala Lumpur, Hospital Serdang dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

“Tujuh lagi penumpang yang tidak cedera telah dibawa balik oleh keluarga masing-masing,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, siasatan polis di tempat kejadian mendapati jalan di lokasi kejadian menuruni bukit dan tayar bas dalam keadaan baik.

“Menurut pemandu, keadaan bas baik dan tiada sebarang kerosakan mekanikal semasa kejadian. Tiada rakaman kamera litar tertutup (cctv) di lokasi kejadian,” katanya dan menurutnya pemandu bas turut dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan. – BERNAMA

Tags: baskemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Enam Termasuk Bayi Maut Nahas SUV Bertembung Lori Tanah Di Sungai Petani

Enam Termasuk Bayi Maut Nahas SUV Bertembung Lori Tanah Di Sungai Petani

07/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SUNGAI PETANI – Enam individu termasuk seorang bayi berusia enam bulan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan utiliti...

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

08/05/2026
0

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd