• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Haron Din Pesan Kebumi Di AS Jika Meninggal Dunia – PAS

oleh AK-47
17/09/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din meninggalkan pesan kepada anggota keluarga dan rakan seperjuangannya di negeri ini bahawa beliau mahu dikebumikan di Amerika Syarikat jika ditakdirkan meninggal dunia di sana.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata pesanan itu disampaikan Haron di Pusat Rawatan Darussyifa di Santan, di sini sebelum beliau berlepas ke Amerika Syarikat pada 10 September lepas.

“Allahyarham berpesan demikian sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini memandangkan ini merupakan kali keenam beliau menjalani rawatan jantung,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Shukri berkata PAS Perlis akan mengadakan solat jenazah ghaib di Kompleks PAS Perlis di Jalan Stadium Utama, Kangar malam ini.

Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Khatijah Salleh serta dua anak lelaki dan tiga anak perempuan. – BERNAMA

Tags: allahyarhamHARUN DINPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd