• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Golongan, Persatuan Belia Disaran Beri Cadangan Bajet

oleh Ahmad Albab
17/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Kerajaan negeri mengalu-alukan golongan dan persatuan belia untuk memberi cadangan bagi Bajet Johor 2017 yang dibentang November ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata cadangan atau pandangan berkaitan kegiatan sukerelawan yang mampu memberi manfaat kepada golongan belia boleh dikemukakan kepada exco belia negeri untuk tindakan selanjutnya.

“Kerajaan negeri kini sedang dalam peringkat menyediakan Bajet 2017, jadi saya berharap agar orang muda khususnya dapat memberikan cadangan.

“Ia (peruntukan) akan beri perhatian terhadap perkara-perkara yang diperjuangkan dan ingin dijayakan oleh 45 peratus golongan belia di negeri ini,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Hari Belia peringkat negeri 2016 di Laman Tun Sri Lanang, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan; Pegawai Daerah, Noorazam Osman dan Presiden Majlis Belia Negeri Johor, Manndzri Nasib.

Mohamed Khaled turut memaklumkan kerajaan negeri sedang menjalankan kajian Indeks Belia Johor (IBS) melibatkan 10,000 belia pelbagai kaum dari seluruh daerah di negeri ini.

“Kajian itu telah dijalankan bermula bulan lepas dan hasil kajian dijangka akan diperolehi penghujung tahun ini.

“Menerusi hasil kajian ini, kerajaan akan dapat menilai kehendak, keperluan, masalah serta suara hati belia sekaligus akan menjadikan ia asas kepada pembentukan Pelan Strategik Pembangunan Belia Johor pada masa depan,” kata beliau.

Dalam majlis yang sama, beliau mengumumkan peruntukan tahunan sebanyak RM100,000 kepada Majlis Belia Negeri Johor bagi melaksanakan lebih banyak program melibatkan belia pada masa akan datang. – BERNAMA

Tags: Bajet 2017Khaled Nordin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Syukur Pengebumian Jenazah Haron Din Lancar

Next Post

Penjenayah Rentas Sempadan Pembeli Minyak Seludup

Related Posts

MINDEF Sedia Teliti SOP Persembahan Penerbangan Raptai – Khaled Nordin

MINDEF Sedia Teliti SOP Persembahan Penerbangan Raptai – Khaled Nordin

25/04/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Pertahanan (MINDEF) sedia meneliti keperluan untuk melihat semula prosedur operasi standard (SOP) bagi persembahan formasi penerbangan...

LTAT Umum Dividen Selepas Diluluskan Lembaga Pengarah, Kementerian – Khaled Nordin

LTAT Umum Dividen Selepas Diluluskan Lembaga Pengarah, Kementerian – Khaled Nordin

27/02/2024
0

KUALA LUMPUR : Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, memberi jaminan dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) 2023 akan...

Next Post

Penjenayah Rentas Sempadan Pembeli Minyak Seludup

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd