• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fasha Sandha Tidak Terbeban Jadi Ibu Tunggal

oleh Ahmad Albab
23/09/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON Fasha Sandha tidak pernah merasakan kehidupan ibu tunggal sebagai satu bebanan atau dugaan yang terlalu berat seperti dibayangkannya sebelum ini.

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 32, sebaliknya berkata, dia sentiasa berpegang kepada agama selain yakin segala kejadian yang berlaku mempunyai hikmah disebaliknya.

“Sebenarnya dugaan sebagai seorang ibu tunggal tidak seperti yang orang lain fikirkan kerana jika kita berpegang kepada ajaran agama dan yakin semua yang berlaku ada hikmah, Insya-Allah akan rasa tenang.

“Apa yang paling penting kena teruskan kehidupan dan sentiasa positif,” katanya kepada mStar Online.

Pada 20 Januari lalu, Fasha dan Rizal Ashram Ramli atau Jejai sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan dekat sini selepas empat tahun berkahwin.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 2, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia setahun.

Fasha Sandha Tidak Terbeban Jadi Ibu Tunggal
Fasha Sandha

Dalam pada itu, Fasha berkata, walaupun jodoh bersama bekas suami tidak kekal lama namun dia tetap bersyukur kerana dikurniakan sepasang cahaya mata yang disifatkan sebagai kekuatannya.

Malah kata Fasha dia juga terharu apabila anak-anaknya sangat rapat di antara satu sama lain malah disayangi ahli keluarga dan rakan-rakannya.

“Saya perlu kuat kerana jika saya lemah mungkin saya senang ditindas tetapi Alhamdulillah Allah berikan saya dua kekuatan iaitu anak-anak saya.

“Terharu juga saya kerana mereka disayangi oleh ramai orang malah mereka rapat dan manja dengan bekas suami walaupun kami tidak lagi bersama,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Fasha berkata, tahun hadapan dia sudah bersedia untuk membuka hatinya sekiranya bertemu dengan lelaki yang sesuai.

Bagaimanapun kata Fasha, dia tidak terburu-buru untuk mencari pengganti sebaliknya membiarkan ia datang secara semulajadi.

“Saya tidak pernah berasa sunyi sebenarnya kerana hidup saya padat dengan pelbagai perkara dan paling penting anak-anak keutamaan saya.

“Bagaimanapun saya bersedia untuk membuka hati jika bertemu dengan lelaki yang sesuai tetapi pada tahun hadapan,” ujarnya.

Sementara itu, Fasha berkata, dia kini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri 100 episod iaitu Lara Aishah yang diadaptasi daripada siri telenovela Mexico popular La Loba yang diarahkan oleh Riza Baharudin.

Lara Aishah turut melibatkan pelakon terkenal seperti Nazim Othman, Jasmin Hamid, Datuk Eizlan Yusof, Shah Jaszle dan Dian P Ramlee.

Ia ditayangkan pada Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang di Astro Prima dan Maya HD. – mStar Online

Tags: Fasha Sandhaibu tunggal
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Rasmi Sambutan Hari Peneroka Felda 2016

Next Post

Ifa Raziah Diundang Jadi Juri Program Realiti Indonesia

Related Posts

Fasha Sandha Cedera Di Set, Tulang Mata Patah

Fasha Sandha Cedera Di Set, Tulang Mata Patah

02/03/2023
0

PETALING JAYA : Pelakon, Fasha Sanda dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas mata dan kepalanya terhentak di bucu katil semasa menjalani...

“Status Saya Masih Lagi Ibu Tunggal” – Erra Fazira

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Pelakon dan penyanyi ternama, Erra Fazira menjelaskan, dia tidak bernikah, jauh sekali bergelar isteri kedua kepada seorang...

Next Post

Ifa Raziah Diundang Jadi Juri Program Realiti Indonesia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd