• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAM Jangan Basa-Basi: Berkongres Demi Bola Sepak!

oleh Ahmad Albab
16/09/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DRAMA swasta terbaik sejak tiga dekad lalu sering dihasilkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjadikan persatuan sukan paling malap dalam sejarah itu, kini tidak lebih seperti sebuah showcase jenaka yang banyak idea dramanya.

Semalam berdrama lagi. Walaupun FAM sepatutnya sudah tahu betapa meluatnya peminat sukan untuk mendengar cerita sedih, kisah luar dalam berkaitan badan sukan paling kemereh itu.

Kongres FAM ke-52, berlangsung dengan ucapan sedih Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang menyifatkan, tuduhan rasuah dan ketirisan yang dilemparkan terhadap FAM sebagai sesuatu yang sangat peribadi.

Ini berkait isu kandungan 279 muka surat laporan dalam pen drive yang diserahkan kepada SPRM baru-baru ini.

SPRM sudah membersihkan imej FAM dengan menyatakan tiada unsur dakwaan rasuah dalam laporan yang terkandung dalam pen drive itu.

Jadi FAM bersih rasuah. Eloklah kita bergerak ke depan. Move on kata orang putih.

Isu peribadi bukan isu utama untuk dirintihkan di mesyuarat besar bertaraf kongres. Fokus utama; bercakaplah pasal mutu bola sepak yang merudum teruk dan kini menjadi beban aib pada 30 juta rakyat Malaysia.

Ini bukan kongres peribadi atau festival filem yang selalunya disensasikan dengan drama air mata.

Isu utama bola sepak sekarang ialah merosotnya kualiti skuad Harimau Malaysia yang kini berada di ranking kelas kambing.

Ini perkara utama perlu dibincangkan dalam pembukaan kongres. Itu pun kalau benar semangatnya bertaraf kongres. Sekarang sekumpulan orang bertenggek tepi jalan dan bercakap isu-isu nasional yang sensasi pun sering disindir sebagai ‘berkongres’.

Antara luahan sedih:

“Saya mengakui, kita bukan badan sukan yang bebas daripada segala kelemahan dan saya sedar masih banyak perkara yang perlu kita lakukan dalam semua aspek. Saya masih lagi berpandangan kita perlu melakukan banyak perkara dalam apa jua sekali pun.”

Lebih sedih Presiden tidak hadir kerana berada di luar negara. Isi hati dibacakan Timbalan Presiden, Datuk Seri Apandi Hamzah.

Ini mengingatkan jenaka Raja Lawak Jambu: “Boleh tuju lagu?”

Berubahlah FAM. Menagih rasa sedih tidak akan mengubah apa-apa. Bola sepak sukan berteraskan prestasi dan keunggulan. Kalau asyik kalah dan peminat pun sudah kering airmata, apa lagi yang ada untuk ditangiskan?

Tiada apa-apa yang tinggal kecuali rasa kecewa yang tidak keruan! – MYNEWSHUB.CC

Tags: FAMTengku Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd