Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

BERSATU Gesa PM Segera...

KUALA LUMPUR : BERSATU mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob segera...

KTMB Digesa Jalin Kerjasama...

BUTTERWORTH - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) perlu menjalin kerjasama dengan pihak lain...

Warga Emas Maut Selepas...

DUA anggota paramedik di Rusia berdepan hukuman penjara selepas seorang pesakit warga emas...

Surat Einstein Cecah RM12...

SEPUCUK surat daripada pemenang Anugerah Nobel, Albert Einstein telah dilelong pada harga AS$2.89...

Elfira: Lebih Baik Diam Dari Terus Menghentam

SEKARANG ini, industri hiburan tempatan dihebohkan dengan keputusan aktres Uqasha Senrose yang menanggalkan hijab selepas hampir tiga tahun membawa imej muslimah berkenaan.

Susulan itu, ramai netizen mula menghentam dan mengkritik tindakan yang diambil aktres berusia 24 tahun itu.

Sudah Tidak Berhijab, Uqasha Akui Khilaf Diri
Uqasha Senrose

Walau bagaimanapun, pelakon Elfira Loy mengambil pendekatan berbeza apabila ‘membela’ Uqasha dengan meminta orang ramai agar tidak terus menghakimi tindakannya.

“Bagi saya, kita tidak boleh terus menghakimi perbuatan Uqasha. Kita tidak tahu apa yang dia rasakan dan apa yang dilalui olehnya. Kita tidak berada di tempatnya. Sekiranya kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan terjadi, lebih baik diam sahaja.

“Mungkin apa yang orang lain lihat adalah Uqasha sedang berhadapan dengan ujian, tetapi mungkin sebaliknya. Mungkin sebenarnya kita yang diberikan ujian dan Allah mahu melihat sejauh mana kita mampu menjaga perbuatan serta percakapan daripada tidak berkata buruk dan memberikan respon negatif terhadap perkara ini. Bimbingan serta kata-kata nasihat secara positif harus diberkan, bukannya menghentam dan bersikap negatif,” katanya, memetik Astro Gempak.


BACA JUGA: Raysha Pertahan Tindakan Uqasha Buka Tudung

Selain Elfira, pelakon yang semakin meningkat naik namanya, Raysha Rizrose turut mempertahankan kakaknya dengan menyelar individu yang mengutuk agar cermin diri sendiri terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukum ke atas seseorang. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori