• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dipenjara 25 Tahun, 20 Sebatan Rogol Anak Tiri

oleh Ahmad Albab
27/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja restoran terpaksa meringkuk lebih lama dalam penjara selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini menaikkan hukuman penjara daripada 20 tahun kepada 25 tahun kerana merogol anak tirinya yang berusia enam tahun, dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah juga menambah jumlah sebatan yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen terhadap Kairuddin Md Rosly, 33, daripada 15 sebatan kepada 20 sebatan.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas menolak rayuan tertuduh bagi mengurangkan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen pada 30 Okt 2015, dan memerintahkan Kairuddin menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 14 Nov 2014.

Kairuddin dituduh melakukan perbuatan itu pada 7 Nov 2014, antara 5 petang hingga 9 malam, mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat.

Mohamad Shariff dalam penghakiman berkata mahkamah bersetuju dengan keputusan hakim Mahkamah Sesyen bahawa saksi kanak-kanak (mangsa) bercakap benar dan disokong oleh keterangan saksi-saksi pendakwaan lain.

“Keputusan hakim Mahkamah Sesyen itu adalah keputusan yang betul, benar dan tepat, oleh itu mahkamah ini tidak ada alasan untuk mengganggu keputusan Mahkamah Sesyen.

“Ingatlah bahawa anak itu satu anugerah dan amanah untuk kita jaga, jangan buat yang tidak betul, berilah didikan sempurna. Duduklah dalam penjara tu dan renungkanlah,” katanya sambil menasihatkan Kairuddin agar bertaubat.

Tertuduh diwakili peguam PG Cyril, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz. – BERNAMA

Tags: kes rogolpekerja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

20/05/2026
0

INI bukan cerita rekaan. Ini kisah benar yang menunjukkan betapa mudahnya bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu jika ada keperluan dan...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd